Wednesday 23 July 2014

Tragedi 2014 - MH370 dan MH17

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  



Lagi seminggu kita dah masuk 1 Syawal,dan sekejap saja dah setengah tahun 2014.Cepatkan masa berlalu & usia pun semakin meningkat...dan macam2 perkara berlaku mahupun yang baik atau pun yang buruk. Bagi aku tahun ni meraikan hari raya yang cukup sederhana, dan banyak aku lihat perubahan dunia, ujian dan dugaan yang melanda bumi kita. Perubahan artis-artis yang telah berhijrah seperti Felixia Yeap,Fara Fauzana,Neelofa,Ziana Zain dan lain2,Alhamdulillah.
Bila aku lihat perubahan,aku juga ingin berubah dan perubahan ini akan kekal selamanya. Insya'allah akan tiba masanya nanti.

Dalam bulan Ramadhan ni kita dikejutkan dunia dengan nahas pesawat MAS MH17 pada 17/07/2014. Belum selesai MH370 pada 08/03/2014 lalu satu lagi tragedi yang amat menyayat hati berlaku sekali lagi. Walaupun aku bukan saudara mereka,tapi aku dapat rasakan perasaan mereka yang kehilangan orang2 yg tersayang,tambah2 nak masuk 1 Syawal tak lama lagi. Ya ALLAH hebat sungguh dugaan yang kau berikan.

Aku lihat dan baca artikel setiap hari,wajah2 mangsa2 nahas,keluarga mangsa tak kira lah bangsa,agama apa sekali pun dan paling amat sedih dan pilu bila aku lihat video yang mereka tunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di merata tempat sehinggakan jatuh sampai ke ladang,rumah penduduk di situ. Ada satu laman web yang tidak 'blur'kan wajah2 mereka dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Cukup dgn hanya aku ceritakan saja,tak sanggup aku tengok dan tak mungkin aku share sbb bukan untuk tontonan umum. Tak dapat aku bayangkan keadaan mereka sewaktu terjadinya peristiwa tragis itu,menjerit,menangis,meraung,kemana mereka hendak lari?Bagaimana nak selamatkan diri?Tiada tanda amaran?Tiada payung terjun? Ya ALLAH... Adakah terjadi ini ada kaitan dgn MH370? Mana mungkin hilang begitu saja? Aku juga pernah dengar dan baca org kata yg MH370 ada kaitan dgn Russia dan Ukraine juga, MH370 berada di pengkalan tentera AS Diego Garcia,mangsa2 dikurung,diberi ubat pelali agar mereka hilang ingatan atau pun dibiarkan mati begitu saja,pesawat di tukarkan warna menjadi kelabu. Kerana mereka inginkan barang berharga yg tk mahu masuk ke negara China? Tak dpt aku bayangkan semua ini.Allahualam,hanya DIA saja yg MAHA MENGETAHUI. 

MH370
*Dari Kuala Lumpur - Beijing,China
*Hilang di Lautan Hindi


*238 penumpang (14 buah negara)
*Rakyat Malaysia Krew 12+Penumpang 26 = 38
*Barangan berharga
*20 Pekerja Freescale Semiconductor

MH17
*Dari Amsertdam - Kuala Lumpur
*Terhempas/ditembak di sempadan Ukraine+Russia
*298 penumpang (12 buah negara)
*Rakyat Malaysia Krew 15+Penumpang 35 = 45
*Ramai penyelidik AIDS

Tahun lepas kita dengar tentang Pencerobohan di Lahad Datu, tahun ni masih lagi ada pencerobohan dari pengganas Sulu sehingga Sabah diistiharkan perintah berkurung di 6 daerah.Tambahan konflik antara Israel dan Palestin turut terjadi sehingga ramai nyawa kanak-kanak yg tidak tahu apa2 terkorban.Di facebook,tv aku tak sanggup nk tengok keadaan sebegitu.

Kepada yang mampu hulurkan lah bantuan kepada yg memerlukan. Kita hanya mampu berdoa agar semua yang terlibat dalam nahas,tragedi,perang akan di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman.Kepad seluruh keluarga mangsa harap tabah dan sabar mengharungi dugaan ini.Salam takziah dan AL-Fatihah... Amin.

Tahniah dan berterima kasih lah kepada PM kita yang bersusah-payah dan bertungkus lumus permudahkan segala urusan bersama negara luar.















Mari kita renung seketika artikel di bawah:
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/karim-raslan/nahas-mh17-hikmah-dalam-musibah-1.301881
http://www.ohdunia.my/2014/03/fakta-fakta-yang-kita-ketahui-dan-tidak.html















No comments:

Post a Comment