Friday 4 July 2014

Komen:Bintang Mencari Bintang 2... Persembahan Terbaik...


Saingan program realiti Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) berakhir malam kelmarin dengan menobatkan kumpulan Kepoh sebagai juara.


Kemenangan Kepoh yang mendapat bimbingan sifu pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramlie melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.
Berjaya meraih keseluruhan markah sebanyak 67 peratus, kumpulan Kepoh yang dianggotai Lizujuhan Hamzah atau Izu, 27, dan Suffian Shafri Ibrahim (Pian), 27, menampilkan persembahan mantap dan bertenaga. Sikap daya saing mereka juga tinggi dalam misi merangkul gelaran juara itu.

Mempersembahkan sketsa ‘Sumpah Semerah Ballet’ yang mengisahkan dua pemuda terbabit dalam satu persembahan teater muzikal cukup padat dengan elemen lucu dan mencuit hati. Malah, keserasian Izu dan Pian di pentas juga terserlah apabila penonton tak kering gusi ketawa menonton lakonan mereka.
Terus memastikan penonton terhibur dengan persembahan Kepoh, tugasan kedua membabitkan gandingan bersama sifu di pentas juga tidak menghampakan. Sketsa ‘pengawal keselamatan’ dipersembahkan padat dengan strategi memancing undian penonton. Dialog dan mimik muka bersahaja Kepoh menjadi.

Turut memberi saingan sengit, pastinya kumpulan Sumbu yang juga anak didik kepada pelawak terkenal, Ebby Yus. Dianggotai Mohd Kamal Shah Saharuddin (Kamal) , 25, dan Mohammad Ariff Fardillah Mohd Rosni (Ariff), 25, dua anak muda ini memilih tema gelandangan untuk dipentaskan dalam sketsa mereka.

Dianggap satu sketsa kemasyarakatan yang menarik, bagaimanapun ia tak mampu dipersembahkan dengan sempurna. Masih banyak ruang kosong dalam persembahan ditampilkan. Situasi sama turut berlaku pada persembahan kedua Sumbu bersama sifu. Jelas sekali, Ebby menjadi ‘penyelamat’ kepada anak didiknya.

Meraih markah 63.1 peratus, Sumbu yang pada awalnya disebut-sebut sebagai juara akhirnya terpaksa berpuas hati memperoleh tempat kedua. Meskipun hanya naib juara, Sumbu tidak pulang dengan tangan kosong dan mereka meraih RM100,000. 

Sementara itu, kumpulan MMMMM yang dianggotai Mohd Azwan Sabri (Wan), 28, dan Mohd Ilham Rusdy (Ilham), 24, terpaksa akur di tempat ketiga apabila gagal menyerlah dalam persembahan kedua bersama sifu mereka Afdlin Shauki. 

Sketsa ‘Lidah Biawak’ diketengahkan sangat mendatar hingga membuatkan suasana dalam Stadium Malawati Shah Alam ada kalanya sepi tanpa ketawa penonton.

Memperoleh tempat ketiga dengan markah 42.9 peratus, MMMMM membawa pulang RM50,000 dan Afdlin selaku sifu mereka memaklumkan dia bertanggungjawab pada kekalahan itu. 

Katanya, MMMMM sudah berusaha dengan baik, tetapi rezeki tidak berpihak kepada mereka.

Akur dengan persaingan diberikan anak didik Ebby dan Adlin, Afdlin berkata, kejayaan MMMMM berada di malam kemuncak BMB2 juga satu pencapaian hebat. 

Menurutnya, nasib yang menimba anak didiknya itu juga disebabkan dia yang mungkin penat kerana terlalu sibuk dengan kerja dan pelbagai urusan.

Bagi Adlin pula, memang sasarannya untuk menang apabila bersetuju menjadi salah seorang sifu dalam BMB2. 

Apatah lagi, satu cabaran besar dipikul apabila anak didik diperolehnya masih belum ada pengalaman. 

Katanya, dia gembira kerana Kepoh yang bermula dari kosong akhirnya dapat dilahirkan sebagai juara.

“Saya berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan Kepoh sepanjang mereka mendapatkan bimbingan saya. Ia ternyata bukan bimbingan yang mudah, tetapi dengan tekad hati mereka untuk cuba memenuhi apa saja kehendak saya, akhirnya kami berjaya. Ternyata, anak didik saya ini bersemangat waja.

“Menganggap diri kami sebagai pejuang, tugasan yang saya berikan kepada mereka pada setiap minggu bukan mudah. Apatah lagi, memang sudah menjadi sasaran saya untuk menang dalam program ini,” katanya memaklumkan tanpa semangat Kepoh untuk bertahan pasti impian mereka untuk muncul juara tidak kesampaian.

Menurut Adlin, apa yang pasti dugaan berat dihadapi mereka pada saat akhir.

Katanya, latihan untuk sketsa ‘Sumpah Semerah Ballet’ itu dibuat pada saat akhir. 

“Ikut perancangan, kami sudah ada idea persembahan lain, tetapi disebabkan masalah tidak diduga maka segala persediaan awal perlu diubah,” katanya.
Ebby Yus pula berkata, dia berpuas hati dengan persembahan anak didiknya, Sumbu. 

Katanya, mereka sudah berusaha melakukan persembahan sebaik mungkin, tetapi rezeki yang tidak berpihak, Pun begitu, kejayaan merangkul tempat kedua pun sudah memadai bagi Sumbu yang masih belum banyak pengalaman.

Dihoskan Adibah Noor dan juara BMB lalu Achey, format pemarkahan dalam BMB2 kali ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam.

Persembahan sketsa dan nyanyian peserta dinilai barisan juri profesional yang diterajui A R Badul, Ogy Ahmad Daud, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan juri jemputan pada malam kemuncak itu ialah penyanyi dangdut, Mas Idayu.

Pada peringkat akhir itu juga, kesemua peserta dikehendaki membuat tiga tugasan persembahan iaitu secara solo, bergandingan dengan sifu masing-masing dan sketsa spontan berdasarkan situasi diberikan oleh juri.

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH           

Dapatlah layan BMB2 Final walaupun jarang sekali layan mingguan diaorg sbb sibuk dgn kerja dan xtvt lain.Walaupun ada yg kritik,tk suka tgk dikatakan lawak ntah apa2 lah,lawak bodoh,hiburan yg menyesatkanlah itu terpulang atas diri masing2.Mereka pun ingin cuba nasib cari rezeki dgn cara mereka.Dan cuma pesanan sya kita tak suka,kita tak tahu esok anak2,cucu2 kita suka minat ke arah itu.Silap2 bila dpa dpt masuk final,tgk tuuuu diaaaa ada dkt depan siap bawa banner bagai yg dulu duk kutuk sangat.Jika di halang benda yang elok,kita tak tahu dia akan buat benda yang lebih teruk lagi. Allahualam.Jadi tk payah la nk kutuk2 sngat na.Tak suka senang ja... TUTUP TV!!!

Apa pun tahniah untuk ketiga-tiga kumpulan yg sampai ke peringkat akhir.Pada permulaan tu rasa mcm persembahan SUMBU yg terbaik.Tapi bila tgk final dpt dpat agak siapa akan jadi juara.

Persembahan spontan yang diberi oleh akak Ogy pada akhir persembahan boleh melihat sejauh mana keserasian,bagaimana mereka membuat sketsa tersebut dalam masa 1 minit 30 saat saja tanpa berbincang.KEPOH yang paling terserlah walaupun salah watak yg dilakukan tapi memang pecah perut,dua pelancong Korea dan Amerika yang 'perak' datang ke Key Ell untuk menanyakan arah jalan satu sama lain.Bahasa mana dpa dapat pun tktau la.HaHaHa!!!

SUMBU nampak seperti tk dak idea nak lakukan watak spontan tersebut.Lawak pembaca berita dan seorang lagi kena melakukan aksi apa yg dickpkan oleh pembaca berita tersebut yang biasa yang pernah dibuat oleh bekas2 realiti tv yang dahulu.

MMMMM terbaik jgk,dua peminat bola sepak menonton live di stadium Brazil.Sepatutnya dpa boleh ckp bahasa Brazil atau bahasa selain melayu baru nampak real.Ni kira warga Malaysia apek dan org sabah yg p sana.Walaupun 1 minit 30 saat ada isi lawak mereka.Hahahaha!!!

Apapun Adlin Aman Ramli memang seorang yg gila dan tak kisah walaupun akan dikritik teruk dengan persembahan anak didik dia,memang berani and happening!!
Persembahan sketsa "Sumpah Semerah Ballet" mmg geli hati dan menggelikan.Mmg sketsa yang 'daring' sungguh berani.Mereka berjaya melakukan tambah2 aksi si kurus tu,mmg terbaik!! Sketsa ke-2 agak bijak memancing undi mereka menjadi security yang konon berada di stadium menjaga event tersebut.So smart!! 

SUMBU nampak dah down skit bila final ni.Ada skali sya tgk minggu yg sketsa PATI tu mmg best.Mereka nampak agak lawak 'kekampungan' skit.Rasa mcm berada di zaman2 kumpulan Senario dulu.Bila sketsa bersama Sifu nampak telah membelakangkan mereka walaupun mereka dua2 big size.Sampai juri2 pun nak berebut Eby Yus kerana mengenakan jubah putih,alim gitu.Walaupun dia kata baru 1st time dia menyanyi tk nmpak kecacatannya pun.Kira ok lah tu.

MMMMM mcm kena bidas teruk ja minggu final ni.Ntah la,kesian dkt Afdlin Shauki.Rasa mcm kak Ogy tu sengaja nak downkan anak didik dia disebabkan kontreversi yg dikeluarkan 2 atau 3 minggu sebelum final tu,sbb tegur anak didik dia mcm marah dan memalukan.Ok apa lawak mereka,tambah dgn suara yg lantang dan jelas bila bercakap,menyanyi pun ok.Bagi sya MMMMM nampak ok dari SUMBU di minggu final ni.

Tahniah sekali lagi kepada mereka semua!!! Jumpa tahun depan...
Kita yg duk mengutuk pun tak guna sbb dpa dah usaha sampai berjaya bawa balik wang tunai beribu-ribu lemon... Kalau ampa yg dpat nak amik dak??







No comments:

Post a Comment