Tuesday 11 November 2014

Perkataan bahasa utara yang selalu duk guna - Cek bangga jadi anak Penang baq hang!!

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  

Sebenaqnya entri aku nak tulih pasai kes buli yang duk dengaq minggu sudah,tapi sebab takmau nk pikiaq bagi lagi geram sangat bila tgk vc budak2 tu,tak jadi nk tulih.Bila dah tenang skit otak ni baru la cek tulih pasai kes buli tu na.
Tiba2 terpikiaq nk p cari perkataan2 bahasa Utagha / penang ni sait aih... Pasai pa cek ni org Penang,nak share la sait. "Aku bangga jadi anak Penang" kebanyakan suka panggey cek anak mami lah.Tak pa la,yg pasti comey na... Hahaha!! Ni nak habaq mai kat hampa Mak aku orang Penang,bapak aku org Rembau Okaayyy!!! So tok belah pompuan melayu,tok belah laki yang mamak.So bila campuq p campuq mai jadi lagu ni la...Alhamdulillah,Anugerah ALLAH!! 
Haria Penang Haria...!!! 
Cek nak share la skit perkataan2 utagha tuk hampa dan tuk simpanan cek sendiri jgk...kot2 la ada yg nak tau kan... Aku pon bukan pro la sngat tapi aku cari/refer dlm google,dengaq org cakap,tengok dlm gambaq.Bukan perkataan penang ja,kedah,perlih pon ada ni.Kdg2 yg lawaknya dlm drama atau filem bila org luaq nk ckp penang,boleh gelak mampuih.Depa try to cakap benda tu walaupun kdg2 ada tk berapa sedap cara dpa sebut perkataan tu.Tapi tk pa,dpa cuba buat yg de best!!Ada perkataan yg selalu dok guna,pernah dengaq dan ada yg tak pernah guna pon.Kita layan dan sebut skali nooo!!!

Aci ligan - main hambat-hambat/kejaq-kejaq aka kejar-mengejar
Ayaq acaq - ayaq lumpuq/lecah/becak aka ayaq longkang
Awang - panggey kat budak2 (ni awang hg mai sait!!)
Awat - pasai pa/ada apa aka kenapa
Bakiaq - dalam botoi susu bayi yg dah basi (lapisan terapung kat atas)
Baloq liat - pemalaih tahap cipan
Balun - tabuh aka pukui (pukul)/belasah
Bambu - pukui (hang jangan dok wat keraih kepala,stg naya aku bambu hg)
Ban - tali ayaq (Kedah)
Bang - azan / panggilan pendek untuk abang pon boleh hehe
Bangkit - bukan kuih bangkit haha bangun
Batas - bataih aka jalan
Beghemba - bersaing (budak2 nek beskal ramai2)
Belah - dekat cth hg ada belah mana? belah bole guna tuk lari buang lah!
Belahak - sendawa... Alhamdulillah
Belemoih - kotoq/kusut masai/tak terurus
Belen - makanan yg berlebihan p tukaq dari balance / kalau yg tak elok dpa panggey untuk bohsia,gadis peleseran
Belengaih - pengotoq (kotor)
Belutin - kotoq 
Berderemen - muka calaq balaq (lepas jatuh)
Beretuh / Beghetuh - terlanggaq
Besaq gabai - seperti besaq gajah / besaq gila
Bok - tilam (Kedah)
Bon - polis/mata-mata
Borak - cakap besaq atau pun pondan
Benyai - lembik berayaq (cth:isi durian)
Biruu - almari (Kedah)
Cempeqha/cempera - perangai tak tentu hala/jakun/wat sempoi
Cabai - cili
Camca - sudu
Camdek/candek - mengutuk / perli
Cek/cheq - gelaran bagi saya
Cekeding - kurus kering
Celuih - cukup,muat
Cemerkap - tak cekap
Cengeh - garang
Ceroi - ayaq yg cayaq
Chemuih - bosan/jemu/meluat
Chewi - perasaan sayang terhadap sesuatu yg tk bertempat
Chombi - panggilan manja untuk anak perempuan/gelaran anak mami penang
Contiang - conteng
Cucoq/coq - cucur (cth:coq pisang/coq badak)
Cunggit - baju yg senget sebelah / lari selamatkan diri
Darai - pondan
Daun karipole - daun kari
Demah - pukul/bagi tengah belakang
Depa - mereka / diaorang
Gagau - curi / ambil
Gerek - basikal (Perlis)
Ghabat - panjat
Ghaplah jingga - buat perangai/bagi pening kepala
Ghelaih - bilas/basuh/lap
Gherit - baju koyak kena gigit tikus (Kedah)
Ghiang - kederat aka tenaga
Gon - tempat curam skit atau curam
Gostan - undur ke belakang
Gurmit - pengasah pensil
Guruih api - mancis
Habaq mai - bagitau aka beritahu
Hamboq - cakap lepas/marah maki
Haprak - apa pun tk boleh
Haria - pukul atau untuk tag line team bola pulau pinang laungan semangat "haria penang haria''
Hambat - kejaq/halau
Haluih - kecik sangat
Hangpa - engkau/korang
Hawaq - perangai tak elok/buas
Hingaq - bising
Jamban - tandas
Jebon - seperti memek muka masam,sejenis musang
Jerkah - tengking
Jora - tunjuk hebat/dasyat
Kalut - kelam kabut/kalang kelibut
Kambee - alang rumah
Kamjat - bengang/makian
Kanyiaq - budak hingusan/budak2 baru nk 'up' hahaha
Kapok - peluk
Katok - ketuk/pukul (dgn batang kayu)
Katup - tutup
Kawaq - pencuri dlm kampung
Kecek - pujuk/bodek (cth nk minta duit)
Kedekut pait - kedekut haji bakhil
Kalih - pusing tengok
Kelepiaq - tepis / lepas basuh tangan kelepiaq ayaq
Keloi - panggil (Kedah)
Kemut - kedekut
Keraih kedekiang - keras mcm batu
Kerumun - mengelilingi seperti nak lihat sesuatu
Ketegaq - degil / keraih kepala
Koman - lekeh mcm takdak class
Kona - pusing,belok 
Kongkiaq – sejenis semut kepala dan taring besar
Kopek – kupas (buah) / beg duit lelaki
Koyak minyak – pulas minyak
Kore – banyak berkira
Kutey – cubit
Lagu – macam (bukan lagu yang orang nyanyi tu) cth: lagu tu rupanya = macam tu rupanya
Latam – pijak
Lancha – beca
Langgah – minum guna botol tak guna cawan (Kedah)
Lehiaq – leher tapi sebut pelik skit
Lekaih – cepat 
Lencun@basah lencun – basah sangat(mcm seluruh badan) *refer basah lokoih kat atas
Lengai – lembab
Ligan – kejar
Likat – pekat
Lingkup – jahanam/punah
Lintaq – kilat/guruh
Loncat – lompat
Loqlaq – clumsy @ suka buat menda bukan-bukan (Kedah)
Lunyai – sampai lembek (cth: belasah sampai ‘lunyai’)
Maarop Sintok – maki hamun untuk org bodoh/bangang (cth:Maarop Sintok mana la yg buang smpah kt sini)
Makan poloq – makan pelahap/gelojoh
Mampoih – mampos
Mami – mak/makcik
Mamu – pakcik
Mana aci – tak adil
Mandom – lembap/tak aktif
Manih melecaih – manis sgt2
Mankaq – isi durian yg keras tuh/mcm tak tau apa2 lah
Mapley – pengantin lelaki kalau kat penang (klau kat KL = mamak)
Marka – awek
Mastoura – set barang kemas termasuk rantai yang loket dia sambung ke rantai
Meksi – jubah/dress
Merah merengau – merah sangat terang
Melahaq – makan gelojoh (Kedah)
Meluat – benci/menyampah
Melugai – meloya/perut tak selesa/ rasa macam nak muntah
Meneghas – mengulangkaji @ mengulang baca Al Quran
Meneghu-meneghang – kereta lalu lalang dengan sibuk sekali (Kedah)
Mengkala – bila cth: mengkala depa nak sampai ni (Kedah)
Meqhela – gedik (gatai menqhela)
Merap – manja
Merenyam – gatai miang jgk (Kedah:meqhenyam)
Merelop – senja
Meqeloh - tidoq
Meghelit – berkilau-kilauan
Meqoyak/ Meghoyak – merebak (cth:penyakit)
Merton – hammer/penukul
Morey – bubuq masjid
Mot – tunggang
Musibat – anak hantu/makian
Mulut hebiaq - mulut takdak insurans
Mengketedarah – makan tak ingat dunia/ lapaq gila (eg:awak hang ketedarah nasi ka)
Nalla – besaq punya!
Nana – abang/ panggilan untuk suami 
Nangoi – budak hingusan
Nerai – sebaris (cth: Kedai tu satu nerai dengan Line Clear)
Nyok – kelapa (ayaq nyok)
Paket - poket baju
Panchoq – tandas
Pandel – khemah
Parpu – kacang dal yg buat dalca tu (parpu ni bahasa melayu, tp rmai xtau sbb penang yg slalu pkai, dal/dalca tu bhs tamil)
Pasemboq – rojak mamak kalau kat KL
Pedajai – di perkenakan / terkena
Pedoo – hati-hati/jaga
Pelaq – buat terok/makian
Pepak – mengunyah atau nak hancurkan gula-gula(atau benda keras) dlm mulut
Perabih buang – makan sampai licin
Perak/peghak – heran tengok benda tak pernah jumpa(jakun)
Pokkay – sesumpah
Ponen – pondan/bapok
Ponu - pengantin perempuan 
Punggai – baling sesuatu
Pungkoq – bontot
Qragaih – panjat
Reban/Gheban – runtuh (rumah itu reban) *bukan reban ayam tu
Renjong/qhenjong – tinggi/panjang
Renyeh/qhenyeh – senyum smpai ke telinga
Reyau/qhiyau – menangis
Ronda – jalan2 (jom ronda!)
Rosyom – muka masam ja
Qhengkong – kerengkong
Sat – sekejap
Sebek – muka sebek (muka sebelum nak mengangis)
Segan – klau bahasa buku, segan tu maksudnya malu, tapi bagi orang Penang ‘malas’
Seghiyau – takut
Seghobeh – serabai
Sekeh – luku kepala sipi2 (tak kuat sgt la)
Selepong – bercapuk, bertampung
Semawa – ajak/jemput
Seneqih – calar (biasanya pada body kereta)
Sengkek – pokai
Siru – berlagak
Solat lohoq – solat zuhur
Soq – sahur
Suap gula – betunang (atau adat semasa tunang)
Taboh – bantai/pukul/belasah
Tarantuk – beretuh kena dinding atau berlaga kepala
Tak celuih – tak muat/tak cukup
Takdan – tak sempat
Tak kelapaq – tak mau/tak hingin
Tamboq – lumpur/selut
Tanjung – pergi bandar atau pekan untuk panggilan penang (Jom p tanjung nek lanca...hehe)
Taqham – dendam simpan
Tarak mau – tak mau
Tauk – campak
Tawaq – tawar atau tiada rasa
Tenyeh – mengesat sesuatu eg: tenyeh mata
Terjuntai - terkeluar dari sesuatu tempat (refer filem P Ramlee Masam Masam Manis)
Terbei/teghebei – lastik(Kedah)
Tergheliat –terseliuh
Terpereluih – terperosok
Tetomoih – digunakan untuk jatuh yang teruk (jatuh tetomoih)
Toksah – jangan
Tokua – tauhu
Tok yu – kicap
Tokak – gigit (tapi dengan bukak mulut besar2)
Tonyoh – gosok/tenyeh dengan kuat
Toya – perangai/makian
Toya Mat Amin – perlian, kutukan (yang ni lawak, tak pasal2 mat amin mana tah kena)
Tuntun – maknanya lebih kurang mcm tolak…sesuai digunakan utk basikal,motor
Ubi mengala – ubi kentang
Usha – survey/lihat (cth: jom ‘usha’ marka tu)
Ya’apur seyre – trouble maker (rujuk Anak Mami movie)

Ni lah sebahagian perkataan2 tu,mybe ada len2 lagi nak kena google lagi. Kalau ada2 yg silap ka,nak tambah2 lagi ka silakan atau tk brapa betui ka tolong pebetui sait na. 
Iklan skit P/S : Bapa cek dulu retis wat album dulu pakai piring hitam 'The Westerlies' pernah menang Juara Kugiran tahun 1972 lagu Lancha2... Hahaha... Sempoiii!!!
Jom layan group2 utara ni pa dulu mmg boleh pecah perut tgk... Sekian...

Kumpulan Ekzos .... Boleh mampuih!!

Kira tak nampak dia saja... kesian hahaha!!!



Sunday 26 October 2014

Mr Luqman de Duta Power Root Ali Cafe 2014

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  

Aduhaiii,memang tak expect langsung kata nak jumpa dia hari ni.Kalau org lain mesti excited bagai histeria agaknya kalau jumpa jejaka dari Johor yg macho ni.Sebab skang ni tengah hot plak drama dia "Maaf Jika Aku Tak Sempurna'' tu.Lagi la naik saham.Ada la yg nak pengsan,nak cair bila tgk dia.Jangan jeles na sbb i dapat berdiri realiti sebelah dia hari ni.Nasib baik pakai cun.Hahaha...!!!

Patut la 3,4 hari sebelum hari ni ada orang duk call2 tapi saya tak jawab,sampai dia send sms 'Saya dari Power Root,tolong call balik'. Owh rupanya nak suruh p collect voucher dekat Pacific Megamall. Awat la buat di oversea tu?? Segannya nak p ingat dia pos mai kat umah ka. Nasib baik lah xtvt hari tu dibatalkan sepatutnya ada show menari di Ipoh tapi dipostponekan.Alhamdulillah...

Sampai sana jumpa orang tu then ingat boleh balik dah lah,rupanya dia suruh tunggu plak. Fahrin Ahmad nak serahkan voucher ni nanti. Haaaaa whatttt??!! Seronoknya.... Sebab 1st time dapat tak tau la kan,ingatkan org2 yg terpilih ja yang akan naik pentas tu,rupanya saya ni the LUCKY person jgk lah.Tak ramai pun yang terima hadiah hari ni,ada dalam 5,6 orang ja.
Ni namanya pakej dua dalam satu.Tambah2 bestnya bila dua kali dpt naik pentas bergambar dgn dia sebab satu kameraman depa amik guna kamera polaroid,then dapat dapat la gambar instant tu,tapi kualiti gelap. Tapi kameraman saya dah hilang sat,sampai Fahrin plak tanya 'Ada kamera sendiri tak kat bawah ni?' Huhuhu... P mana lah En Kameraman ni?? Saya di interview sat oleh Fahrin Ahmad. Mmg nampak friendly,sporting,ceria yang tak dibuat2.Pelakon mcm ni lah orang suka dan cek suka. Lepas En Kameraman saya dijumpai,dia tolong bagitau sekali lagi dkt MC nk amik gambaq,so untuk kali keduanya saya naik atas pentas tu,haaaa barulah terang dan cantik,bkn senang nk jumpa lagi dah ni. Terima kasih En Kameraman.Nanti saya belanja Ali Cafe Power Root satu yer!!! Hehehe...
Alhamdulillah rezeki tahun baru 1 Muharram 1436.

Masa ni tak tau lagi...

Minta sign dulu & tunggu dekat2 sini yer... ???

Pose kali ke dua oleh En Kameraman...

Sapa yg nak pengsan & nak cayaq skang ni cepat... Haha!!!

Polaroid photo yg dpa bagi... Terima kasih Power Root!!!








Tuesday 21 October 2014

Macam dah tk dak benda lain nk kempen - IWTTAD

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  

Nampaknya dah lama saya tak memblogkan diri kat sini.Rasa ada isu yang saya nk luahkan tentang negara kita minggu ni.Macam2 sangat duk jadi.Maaf lah kalau terkeluar bahasa2 kasaq di sini.Yang mana yg terasa minta maaf lah na dan fikir2kan lah. Saya bukan sekadar bercakap saja,saya banyak review tentang topik panas ni.

Perlukah kempen ''I Want To Touch a Dog''??? Kempen tu boleh kalau nak diadakan untuk org yang bukan beragama Islam sahaja. Kita ni p tgk dgar saja sudah lah.Saya sedih bila tengok gambaq2 yang diupload semua yang majoriti melayu bertudung.Dengan wajah yang ceria,gembira,sentuh,dukung,usap2 dan ajar anak2 pula pegang sama.Rasanya disini habis sudah iman di dada.Gambar bangsa lain yang sentuh adalah nampak sekeping dua saja. Lepas pegang tu semua confirm ka basuh,samak balik,tau ka cara2 samak?? betul ka?? - - tak pun jalan2 cari makan - - pegang makanan.... eerrmmm sedapnya...


Saya pernah tengok skali satu rancangan tv luar negara My Extreme Animal Phobia bagi sesiapa yg takut dan fobia dgn binatang sampai pengacara akan motivate sampai dia boleh sentuh binatang tu.Rasanya si ahli farmasi ni dapat idea dari rancangan tu la kot.Kalau dia nak buat kempen pegang kucing ka, ular ka,burung kakak tua,kambing ka,lembu ka,kuda ka tak pa jugak.Sbb kebanyakan dari kalangan manusia skang ni pun takut nak sentuh binatang2 tu semua. Kenapa memilih anjing sedangkan dah tahu hukumnya haram.Saya ni bukan kelulusan universiti tapi saya banyak baca,belajar dan tahu mana yg boleh mana yg tidak.Saya amat sedih bila lihat agama Islam diperbodohkan begitu saja.

Banyak lagi jenis kempen yg boleh dianjurkan. Kenapa la begitu cetek akal fikiran manusia bernama SSA ni.Binatang tu pun bukan untuk dipegang sesuka hati,bukan mcm tu cara nak menunjukkan sifat kasih sayang kepada anjing. Cukuplah sekadar tidak mendera,membaling objek selagi dia tidak membahayakan kita,bangsa lain dah bela dan cukuplah mereka saja yg tunjuk kasih sayang tu dgn cara mereka. Lain lah kalau dgn tidak sengaja kita terkena,anjing tu lalu tanpa kita sedari tu memang tak dapat dielakkan yg tu mmg wajib kita samak. Polis guna anjing untuk jalankan tugas untuk mengesan bahan bukti,dibolehkan untuk jaga rumah dan menjaga tanaman bukan untuk diusap2 bagai.Sila lah baca di bawah bagi mana yang tk pernah baca ni semua: 


SSA ni duk buat mcm2 projek yang mcm nk tunjuk dia ni cuba buat pelik dari orang. Nama projek pun mcm nak tunjuk riak "Tamak Pahala''... Motif?? Tak tau nk ckap apa lah. Satu lagi projek dia beli nasi lemak 10 bungkus dan dgn nota "Sesiapa yang tiada duit dan lapar boleh mengambil nasi satu peket''... Apakah niat hang tu??  Kalau hang tu ikhlas nak bagi tulis saja "Nasi Lemak untuk disedekahkan'' Bolehkan??!! 

Bila bercakap bab tak pakai tudung semua yg tk bertudung dipandang serong,berckp yg bertudung plak buat yg bukan2 ada yg sensitif plak.Tapi bab ni depa tak rasa sensitif pun? Tudung tu sekadar fesyen eh atau konon nk tunjuk alim ja. Nah terjelas sudah awak tu cukup ilmu agama di dada atau tak!! Agaknya dah kena pukau semuanya. Nanti bila tersiar gambar di blog atau paper nak kata apa ye?? Alahhh pegang kejap sja pun!! Lepas tu kami samak la... Eh mana ada pegang,kami tk sedar pun,maybe sbb excited sangat terlupa yg tu anjing. Nanti kata pulak ustaz tu ckp tak salah pun... Sayang semua tu mesti yg berpelajaran tapi tak guna belajar tinggi2 kalau ini jadinya. 

Pagi ni di metro trbaca pulak UMIP cakap dia tidak tahu akan ada seisi untuk menyentuh anjing. Takkan sebelum si SSA ni jemput awak nk bagi perkongsian ilmu tu tk tanya dia habis2 dan dari tajuk kempen pun awak boleh tanya lebih lanjut. Dah kena pukau jugak!! Kira si SSA ni pandai memukau org la agaknya. Huuurrrrmmm.... Skang ni org duk nampak yg awak telah menggalakkan benda ini terjadi. Kasihan UMIP...

Lepas ni kempen apa plak yang nk dianjurkan?? Semoga semua yg terlibat akan sedar atas perbuatan masing2.

Kata Ustaz Mohd Kazim Elias:
"Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti....

"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, mai anjing pula, lepas ni apa pula?

"Jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dah diternak dalam aircond, yang mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," tegasnya.

Allahu Akbar!!!






Wednesday 3 September 2014

Jahat - Stacy








Jahat - Stacy AF6
Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah
Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia
Chorus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Apa agaknya sudah jadi
Pada ikrar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa
Ulang Chorus
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Ulang Chorus
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

#Stracie Angie Anam atau Stacy Juara AF6 Tahun 2008 - antara yang terbaik sepanjang program realiti tv ini berlangsung kerana dia bukan sahaja mempunyai suara serak2 basah yg terbaik,kekuatan tersendiri juga penari yang lincah di pentas - Diberi gelaran "Dancing Queen Malaysia"

#Pernah menyanyi lagu ni sewaktu Annual Dinner McDonald's (Disember 2013) di Hotel City Bayview,Penang.

Thursday 28 August 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - 31 Ogos

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  

Syawal pun dah berlalu,hari kebangsaan bakal tiba.
Kita dah Merdeka 31 Ogos 1957 sekarang dah tahun yg ke 57 dah pun. (Nampak tak disitu..???)
Terkenang pada wira2 yg telah pergi zaman perang dahulu... tak lupa peristiwa pencerobohan di Lahad Datu,Misteri Kehilangan MH370 dan juga terbaru MH17 ditembak. Mereka semua adalah wira2 negara yang meninggalkan kesan buat kita semua. Di tambah pulak peperangan di Gaza dan alhamdulillah hari ini berakhir sudah gencatan senjata setelah 7 minggu mereka dibedil dan beribu mangsa yg terkorban. Semoga mereka semua di tempatkan di kalangan org2 yg beriman... AL-Fatihah...




MaLaYsiA… NeGaRa TaNAh AiRKu…
TaNggaL 31 OgOs 1957 TaRikH KeRAmAt,
JaLUR GeMiLANG DiNaiKKan BeRSaMa IriNGan NeGaRaKu,UniOn JaCk DiTuRuNKaN,
KaLa MeLaYaRi BAHtErA MeRDeKa JgN DiLuPa PaDa Yg TeLaH PeRgi,
TuGu NeGaRa… PeNGHORMaTan KhAs 11 RiBu PeRWiRa Yg GuGuR Di MeDaN InI,
PeLBaGai KaUm,AgAma DaN BaNGsa RaHMaT BaHGia,AMan MaKmUr SeJaHTeRa HeNDaKNYA...
DiSiNi LaHiRNya SeBuah CinTa SeBaGai TeMa,AkU BaNGga KeRaNa MeNJaDi ANak MaLaySia…
MeRDeKa!!MERDeKa!!MeRDeKa!! HiNGGa KiNi DaN SeLaMaNya…

SeLaMat MeNYaMBuT HaRi KeMerDeKaaN Yg Ke-57 TaHun…



Logo Hari Merdeka 2014 
 Ianya dihasilkan oleh En Abdul Mutalib Abd. Rahman.

Monday 11 August 2014

I'm lovin' it - Part Time Crew

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  

Sekarang ni isu tengah panas dengan boikot barangan keluaran Israel dan yg paling hot skali ialah ni lah...MCD. Kat sini aku hanya nk berkongsi pengalaman kerja aku.Nak boikot terpulang atas diri masing2 kalau aku dapat kerja lain insya'allah aku akan tukar sbb aku selesa bekerja dan dah lama punca rezeki aku kat sini buat masa lani.Kalau rezeki aku masih di sini aku stay,sbb restoren ini bukanlah restoren makanan haram atau ada arak.Aku berada di sini bukan untuk menyokong israel tetapi aku mencari rezeki. Mmg betul,rezeki itu ada di mana2? Tak makan produk ini tak mati(statement org2 yg nk boikot mcd)? Tu sbb aku katakan itu terpulang atas diri masing2. Jangan kerana McD ini adalah yg paling utama yg orang nampak nak kata aku ni sokong depa. Pikir sama produk2 lain,check sehabis details dlm rumah korang segala produk yang disalurkan untuk israel walaupun sebesar kuman buang atau hapuskan dulu barulah datang untuk nasihat aku tentang boikot ni. Kalau masih ada barangan nestle(produk seharian anda),levi's(sila check semua sluaq,baju,beg duit ampa) intel,motorola,hp(p check tab,laptop,henset korang,komponen2 dlm tu korang bole nk p check sgala??) boleh ka korang p buang atau jual atau tak pakai produk2 israel?? Bukan 1,2 barang nk kena p check tau!! Jangan duk nmpak Mcd sahaja.

#STaTuS FB 04/08/2014
Tu TeRPuLaNg ATaS DiRi MaSiNg2 NaK BoiKoT... TaPi JgN SeMbanG SiNi,LepAS HAbiS PeRaNg,ELoK Duk MaKaN DaLaM SaNa,TaKuT MaLu TaKe AwAy... JgN KeNa SinDiR SuDaH NaNTi KoT2 LuPa UpLoAd Pic SeMua BaRangAn Yg NaK BoiKot Tu...
KaLaU DaH NaK BoiKoT SaNgaT,InFo GoV SuH TuTuP Ja 1 MaLaYsiA... BiAR SeMua PUaS HaTiKaN...
‪#‎SaYa‬ MeNCaRI ReZeKi...
‪#‎BeRDoA‬ & MeNDeRMa UnTuK GaZa SaMa...

Nak boikot betul buat habis-habisan jangan hangat2 taik ayam ja. Sbb apa aku kata mcm tu?? Sebelum ni Gaza di serang juga,tapi masa tu tak lama mcm ni. Org kita ni boikot segala,lepas dah habis perang - hurrmmm makan jgk,beli jgk produk2 keluaran Israel,upload dlm FB,IG bagai... Sbb apa dah lupa,habis dah perang2 semua.
Ada plak 1 video ni aku tgk baru2 ni,tiga remaja p McD drivethru order makanan,bila sampai dkt kaunter tu siap bincang2 just nk ckp "F***ing Israel'' jer dkt staf MELAYU kat situ.Aduhai dik,kira dasyat la tu,amik video then post kerja korang yg tk brapa nk cerdik tu. Dari korang maki2 staf2 MELAYU yg tak buat apa dkt korang tu,apa kata kita hantar korang pergi ke Gaza dan berdiri depan askar2 ISRAEL/YAHUDI/ZIONIS tu maki depan muka diaorang tanpa apa2 senjata tgk diaorg nk buat apa dkt korang?? Ada berani?? Jgn tunjuk berani dan tunjukkan kekurangan kecerdikan korang kat sini jer dik... Kalau korang boleh buat kat sana,berani mati mmg aku respek la dik!!
http://www.astroawani.com/news/show/mustahil-boikot-semua-produk-israel-ppim-39798



Alhamdulillah... Rasanya dah hampir 3 tahun setengah aku jadi part time crew di Mcd. Aku mula kerja kat sini 24/01/2010,tak salah aku dekat2 Raya Cina. Dan aku rasa skang ni dah jadi batch terawal keja kat sini skang sbb ramai org lama dah resign,ada yg kena transfer,budak2 crew plak tak lama keluaq masuk keluaq masuk sampai kdg2 ada yg tak sempat pun nk berkenalan.Manager pun dah tukaq2.Hehehe...

Pengalaman kerja kat sini mmg best jgk,awal2 tu biasa la budak baru pahit manis tu ada lah.Nak belajaq benda baru,bayangkan 1st day keja kena training buat ice cream dah. Mula-mula mcm tak mau nk duk dekat kiosk sorg2 sbb nnti takut panik bila org ramai nnti ice cream tak jadi. Gila susah jugak nk buat sundae cone ni. Senget,pusingan terlebih,terkurang,choc top tk menjadi,ice cream cair sangat. Ada 1st day org tegur dah dia tau kononnya aku ni org baru,mcflurry tu crushing tk rata la,padahal ok ja. Lantak la... Aku pernah jgk kena marah dgn customer,mana taknya dah la tkmau beratur,sana panggil,sini panggil mana satu aku nk tgk dulu. Bengang jgk la,tu pun kira aku speed sehabis baik nk buat. Pernah 2,3 kali jgk tk pernah rehat sesaat pun.Q gila,time2 gaji,cuti,perayaan mcm tu la. Sabaq ja la,da nama pun keja...Berkat usaha,kesabaran alhamdulillah aku berjaya jgk atasi. Aku dah tau kalau suhu ice cream mcm ni elok ke tak nak jadi ice cream yg elok,mesin hangat sebab tak duk dalam air cond,Dalam penang ni aku tgk 98% kiosk semua dlm hawa dingin tempat aku ja tak,hurrrmmm.Dan bila continue tk berhenti semakin lama semakin cari ais tu,tak cantik dah sundae cone I. Lani aku kira kontrak dkt kiosk mcd tu la.Cara aku,customer order buat dulu,baru punch sbb apa dpa ni boleh ubah fikiran last minit,kalu silap/tukar satu kerja nk turun p panggil manager pulak. Boleh ka dpa tunggu?? Larat nk turun naik2 stiap kali silap?? Manager plak kalau Q dkt dalam?? Peel customer dh paham,kita kena bgi tisu sbelum dpa minta,almaklum makan ice cream meleleh nnti. Aku avoid dari aku kena marah tu ja. ;) Ramai yg hargai dan ada jgk yg buat tak paham ja.Tak pa la asalkan aku settle tugasan aku. Yang aku bengang skit bila dah tutup lampu semua,tutup separuh pintu,dah nampak org tengah kemas2 pun lagi da orang nak beli jgk,aduhai la customer. Kdg2 layan p la jgk because "Customer's always right"!!

 Sundae Cone (Famous D'Amos)
Chocolate Top (Cadbury Topping)
4 Flavor Twist
Sundae or Cornetto Chocolate/Strawberry 
McFlurry Oreo (Famous D'Amos)
McFlurry Cornetto Choc/Straw/MudPie/Berry
3 Flavor Shake (Choc/Straw/Vanilla)

Ada sesetengah dessert yg baru ada musim2 ja yg di jual,contoh Manggo,Horlick dan lain2.Tu pun lepas dah habis pun orang duk tanya jgk. Ada satu masa dulu mcd da jual vanilla/chocolate cone. Tu mmg sedap,tapi skang ni dah tak jual. Ramai yg tanya,minat termasuk la aku. Bila aku kerja sini aku rasa aku tau sbb apa tk jual,sbb campuran vanilla/chocolate tu tak tahan lama bila bercampur skali.Mcm shake jugak lah.

Tempat kiosk aku ni kdg2 boleh jadi mcm kaunter pertanyaan jgk,tanya toilet/surau kat mana,arah jalan nk ke hotel,dobi pun ada. Pasai aku pro jgkla kawasan Bayan Baru ni boleh la nak tolong tunjukkan arah tu skit2 :) Dah mcm customer service plakkan. Mcm2 la patern customer aku jumpa,walaupun aku ni hanya jaga ice cream kiosk ja.

Antara dialog2/situasi yg buat aku gelak dan annoy bila nak amik order:
1 - Kon putih satu! Sandey kooonnn satu! Yg kaler2 satu!
2 - Bila warga asing mai beli (myanmar,nepal,vietnam dll) paham2 ja la,bahasa pun melambangkan bangsa,kalau yg bole ckp melayu pun lawak jgk la bunyinya...
3 - Kita kata 5sen ja,tapi hulur 50sen...pekak ker?Nk bagi tips pun baguih jgk...hehe
4 - Choklat yang celup2 punya! Coker Thoq!
5 - Apa pasai sana tulis satu ringgit saja? Gov tax uncle... Haiyaaa ice cream pun ada tax ka?Depa tak baca ka signboard 'MCDONALDS' la tu.
6 -  Nak ad on bagai tapi takmau tmbah duit! Dgn muka mcm bodek senyum2 kambing nk minta kan...(kalu ni bisnes aku sendiri tkpa la jgk!!)
7 - Satu g yg cone twist vanilla/choc yg mcm dkt Frosty Delight tu dah berkurun tkdak,tapi masih dpa duk tanya..kena la promote bgtau flaver twist chocolate ada la.

Sepanjang 3 tahun ni aku keja,yg bestnya bila ada dinner (company aku keja sejak 5,6 tahun lalu semua tkdak dinner) so sronok la... kami akan digabungkan semua Mcd daerah barat daya buat skali, so setiap store kena buat persembahan. Dah 2 tahun diaorg panggil aku buat persembahan,bangga la jgkkannnn. Akan bertambah best kalau diadakan pertandingan persembahan store yg paling sempoi!! Lagi meriah & happening! Tahun ni aku nk suggest la boleh tak? Jurinya Manager Besaq mcd,so tiada pilih kasih okey!
 
                                                    Jahat - Lagu Stacy  (Dinner 2013)

Satu lagi yg bestnya dapat makan FREE satu set bila keja kat sini... Alhamdulillah!!!
Terima kasih McD!!!


# Minta maaf kalau ada yg terasa sbb hampa tkdak dkt tmpt aku k...
#Aku MenCari ReZeki...
# DoNaTe & PRaY For GaZa...

Sunday 3 August 2014

Status Menarik FB 2014 - Januari

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  
#SeKaDar KeNanGan#

01.01.2014 City Walk Penang ~ KaN!!! MaSuk PaPer KwoNg WaH LaGi... :D FeMes Aih HaHaHa!!!




08.01.2014 ~ BaNYak BeNDa Yg TgH DoK PiKiaQ SaMPai TaK Tau Nak PiKiaQ Yg MAna SaTu...AdUHai...
MooD: KaLau Aku KaYaAaaa... KaLaU Aku KaYaaaa WooOooo...

09.01.2014 ~ HaRi Ni HaRi JuMaaT Tk BaiK Nk MEnGaTa,TaPi SeKaDar MeLuaHKaN ApA Yg TeRJaDi...
LAin X KaLu Nk MENIPU p KhaTam baGi HaBis DuLu,HaRi2 SeMbaNg SeMua BenDa DiA Tau,DiA PeNah WaT LaH...Cth KeNai DaTo LaH,KeNai InsPekToR LaH,PeNah JaDi PeNyiASat DLm PenJaRa Lah...Yg LaWaK PeNah JaDi CiKgU MaTeMaTiK PLaK Tu!!!KiRa2 Yg SeNaNg PuN FaiL...APa Dia BeB??!!
PaStU PaNDai PLaK Duk PuTaq BeLiT CriTa SLePas Dh KanToi SaTu KeS...TeRaNg2 koT...KaLu Tk BoLe Ckp TaK BoLe,JgN WaT CriTa LaGi LeN PLaK!!!
MooD:Aku Pun Bkn PERFECT tPi aGk2 Ar Nk GeMpaQ OrG PuN...KaLu OrG LeN Tk TaU La Pa Nk JaDi DgN HanG MiNah Oooiii!!!SaBaQ Ja Lah...

10.01.2014 ~ MiMpi 2,3 BanGuNan RuNtUh DePaN MaTa... TaPi SeMua SeLamAT...
MooD: ReaLLLL...

12.01.2014 ~ Balistik (bahasa Yunani ba'llein, "baling") adalah bidang sains yang berkaitan dengan pergerakan, kelakuan, dan kesan projektile, terutamanya peluru, bom melalui udara, roket, atau seumpamanya; dari segi sains atau kepakaran dalam melancarkan projectiles agar mencapai prestasi yang diinginkan.
MooD:Nak TaU ApA MaKSud Tu!!? ThE MaKinG oF BaLiSTiK...

KiTa p TmPt OrG BaRu Nk KeNaL DgN OrG,TeBaLkn MuKa P SaLaM DgN SeMuA Yg ADa,TkMaU D'cHop' NaNti,eSok2 MnA TaU Nk JmPa LaGiKn...Ada LaGi MaNuSia JeLiNg Pn TaK MaU, SENYUM lgi TaK LaH...
MooD:HeBaT SngAt Ke DePa Tu??SaJa TgK GeLaGat MeReKa,Sbb OrG LaiN Pn PaSti TgK GeLaGaT KiTa JgK KaN!!!

13.01.2014 ~ NmPaKnYa StaTus 'KanGKuNg' LeBiH MeNyErLaH HaRi Ni... taPi StaTus MauLiDuR RaSuL JgN dLuPaKaN Ya... ;)

14.01.2014 ~ Selamat Menyambut Malidurasul , sentiasa ingat Nabi Muhammad dan ikut sunnahnya-- MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W'

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir....

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~
Jangan lupa tekan Share !!

20.01.2014'SeLuRuH KeBaHaGiaNKu AdaLah MiLikMu' (MoVie Aku PiLih KaMu)



24.01.2014 ~ ADa IRas2 RoOnEy jGk JuaN MaTa niH!!SKaLi PaNDaNg Mcm PaUL WaLKer PuN ADo...
MooD: WeLCoMe To MAn U & JGn MaRa aAaarrr PeNyOkOnG CheLSea... (*ADa JgK Yg KoMeN NnTi NiH*)


25.01.2014 ~ JANGAN BERHARAP SEDALAM mana kita SAYANGkan seseorang itu, kita tidak boleh berHARAP yang orang itu akan menjadi MILIK kita, biar kita sahaja yang tahu, KASIH SAYANG kita terhadap si dia, yang penting kita tahu bahawa kita SAYANGkan dia, satu hari nanti bila dia telah KEHILANGAN kita, dia akan ingati segala PENGORBANAN yang telah kita lakukan, saat itu barulah dia sedar akan KEHILANGAN kita, biarlah dia menolak KASIH & CINTA kita, kerana lebih PERIT jika di MILIKI tapi tidak di HARGAI...
‪#‎copypaste


26.01.2014 ~ (Anugerah Juara Lagu ke-28 )
'SaLaM MusiK' 'SaHaBat' SeMUa.HaRap TaK 'BoSaN' MaLam ni.'TaNda TaNYa' aDakaH 'BaHaGiaMu DeRiTaKu' @ 'TaKkaN TerPiSah' BeNar RAMaLaNKu.TuNggUuuu...
'KaU Yg TeRiNdah','I'm So iN LoVe WiTh You'.'KaLau Aku KaYa' 'HaNya AKu' MahU 'IkUt ReNtaKKu'!!!YeAaaa!!!
GaMe On#Aku 'PeNgLiPuR LaRa'#

29.01.2104 ~ RiNi KbAnyaKan DaH CuTi,TaPi Aku MaSih Di OpiS AduHai La...
MooD CuTi MeLanDa,KeJa PuN TakDe...HurMmm MaRi KiTa SuSun,KeMas,BuaNg Apa Yg PaTut DLm PC...HaHa...
MooD:WiSHinG GoNg Xi Fa CHai To ALL CHiNeSe FreNdss & HaPpY HoLiDaY!!!

30.01.2014 ~ ArTiS Yg LaHiR DaRi ReaLiti TV AF...
Yg PaLiNg MeNYeRLah Di PeNtas HaFiZ,StACy,HaZaMa & AiZat SeHInGGa KiNi...
MaNa PeRgi Yg Yg LaIn2 Ya??

BeSt DgR LaGU2 LaMa Ni... KaLaU KeLaS AeRoBiK AdA LaGu2 LAMA Mcm Ni BeSt Woooo!!! MooD Tu MaRiiiiii....


                                                                  Shy Guy - Diana King

Thursday 24 July 2014

Ucapan Hari Raya 2014


Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  


* Dulu hantaq pakai kad raya,
   Lepas tu sms pula,
   Lani semakin canggih macam2 ada,
   Kad raya dah dilupa,
   Tua muda,budak kecik remaja celik IT belaka.

Airmata Syawal
Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Dalam kita bergembira jangan lupa pada yang telah pergi meninggalkan kita. Berdoa agar mereka semua tenang dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.AL-Fatihah.

#Pakcik#Makcik#Tok#Nenek#Ayah
#Kenalan#Anakseni#ygtelahpergi
#MH370#MH17#Pejuang2LahadDatu#Gaza

* SMS/FB/Tweet/Wassap/WeChat/IG/BeeTalk segala,
   Dah ganti kad raya jadi ucapan pengganti diri kita,
   Hari isnin dah hari raya,
   Mohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah buat semua,
   Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin,
   Ingatan Tulus Ikhlas,
   - JULIA JOHARI -

http://www.youtube.com/watch?v=MmTL3rsq-68&list=UU-eW2E2Q69U3jWZl1DmAqZQ








Wednesday 23 July 2014

Tragedi 2014 - MH370 dan MH17

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  



Lagi seminggu kita dah masuk 1 Syawal,dan sekejap saja dah setengah tahun 2014.Cepatkan masa berlalu & usia pun semakin meningkat...dan macam2 perkara berlaku mahupun yang baik atau pun yang buruk. Bagi aku tahun ni meraikan hari raya yang cukup sederhana, dan banyak aku lihat perubahan dunia, ujian dan dugaan yang melanda bumi kita. Perubahan artis-artis yang telah berhijrah seperti Felixia Yeap,Fara Fauzana,Neelofa,Ziana Zain dan lain2,Alhamdulillah.
Bila aku lihat perubahan,aku juga ingin berubah dan perubahan ini akan kekal selamanya. Insya'allah akan tiba masanya nanti.

Dalam bulan Ramadhan ni kita dikejutkan dunia dengan nahas pesawat MAS MH17 pada 17/07/2014. Belum selesai MH370 pada 08/03/2014 lalu satu lagi tragedi yang amat menyayat hati berlaku sekali lagi. Walaupun aku bukan saudara mereka,tapi aku dapat rasakan perasaan mereka yang kehilangan orang2 yg tersayang,tambah2 nak masuk 1 Syawal tak lama lagi. Ya ALLAH hebat sungguh dugaan yang kau berikan.

Aku lihat dan baca artikel setiap hari,wajah2 mangsa2 nahas,keluarga mangsa tak kira lah bangsa,agama apa sekali pun dan paling amat sedih dan pilu bila aku lihat video yang mereka tunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di merata tempat sehinggakan jatuh sampai ke ladang,rumah penduduk di situ. Ada satu laman web yang tidak 'blur'kan wajah2 mereka dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Cukup dgn hanya aku ceritakan saja,tak sanggup aku tengok dan tak mungkin aku share sbb bukan untuk tontonan umum. Tak dapat aku bayangkan keadaan mereka sewaktu terjadinya peristiwa tragis itu,menjerit,menangis,meraung,kemana mereka hendak lari?Bagaimana nak selamatkan diri?Tiada tanda amaran?Tiada payung terjun? Ya ALLAH... Adakah terjadi ini ada kaitan dgn MH370? Mana mungkin hilang begitu saja? Aku juga pernah dengar dan baca org kata yg MH370 ada kaitan dgn Russia dan Ukraine juga, MH370 berada di pengkalan tentera AS Diego Garcia,mangsa2 dikurung,diberi ubat pelali agar mereka hilang ingatan atau pun dibiarkan mati begitu saja,pesawat di tukarkan warna menjadi kelabu. Kerana mereka inginkan barang berharga yg tk mahu masuk ke negara China? Tak dpt aku bayangkan semua ini.Allahualam,hanya DIA saja yg MAHA MENGETAHUI. 

MH370
*Dari Kuala Lumpur - Beijing,China
*Hilang di Lautan Hindi


*238 penumpang (14 buah negara)
*Rakyat Malaysia Krew 12+Penumpang 26 = 38
*Barangan berharga
*20 Pekerja Freescale Semiconductor

MH17
*Dari Amsertdam - Kuala Lumpur
*Terhempas/ditembak di sempadan Ukraine+Russia
*298 penumpang (12 buah negara)
*Rakyat Malaysia Krew 15+Penumpang 35 = 45
*Ramai penyelidik AIDS

Tahun lepas kita dengar tentang Pencerobohan di Lahad Datu, tahun ni masih lagi ada pencerobohan dari pengganas Sulu sehingga Sabah diistiharkan perintah berkurung di 6 daerah.Tambahan konflik antara Israel dan Palestin turut terjadi sehingga ramai nyawa kanak-kanak yg tidak tahu apa2 terkorban.Di facebook,tv aku tak sanggup nk tengok keadaan sebegitu.

Kepada yang mampu hulurkan lah bantuan kepada yg memerlukan. Kita hanya mampu berdoa agar semua yang terlibat dalam nahas,tragedi,perang akan di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman.Kepad seluruh keluarga mangsa harap tabah dan sabar mengharungi dugaan ini.Salam takziah dan AL-Fatihah... Amin.

Tahniah dan berterima kasih lah kepada PM kita yang bersusah-payah dan bertungkus lumus permudahkan segala urusan bersama negara luar.















Mari kita renung seketika artikel di bawah:
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/karim-raslan/nahas-mh17-hikmah-dalam-musibah-1.301881
http://www.ohdunia.my/2014/03/fakta-fakta-yang-kita-ketahui-dan-tidak.html