Tuesday 24 June 2014

Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain
Menang Kategori Pop Rock sekaligus menjadi Juara Lagu AJL23 (2008)

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela

Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri

Aku tetap begini

Takkan berubah kerna aku tetap aku

Dan alur hidupmu bukanlah aku

Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza kau dan juga akuDua hati yang tak mungkin bersatu
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah
Apakah aku
Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Tak faham tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Berbeza kau dan juga aku
Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
(OST Drama KAMI)
  
MOOD: Lagu ini aku pernah dapat tempat ke-2 dalam Pertandingan Karaoke (Anjuran Kementrian Kesihatan) dan juri di adili oleh bapak kepada Ruhil Amani - Pak Hussein.Alhamdulillah....

P/S: Yang ini Pertandingan Karaoke Suara Emas @ Skuad 1 Malaysia - di Rukun TeTangga Mahsuri,Bayan Baru Pulau Pinang....Cuba2 jer... ;)












Sunday 22 June 2014

Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya - Remaja Istimewa Dikurung


Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.
Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.
Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.


Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH           
Memang kami tidak tahu bagaimana cara hidup kau,tapi adakah sebegitu cara kau SAYANG anak yang kurang upaya itu.Jika kau SAYANG kau takkan tinggal dia sebegitu rupa.Statement ini hanya nak lepaskan diri kau,tapi hakikatnya kau memang tergamak nak buat dia sebegitu.Kenapa anak kedua kau boleh jaga dengan elok?? Sebab dia cerdik,pandai,tak cacat?? Tapi dengan Firdaus kau boleh buat sebab dia kurang upaya,bila orang jumpa dia nanti pun dia tak boleh nak beritahu perkara yang sebenar kepada pihak berkuasa kenapa dia ditinggalkan sebegitu sbb dia tak tahu apa2. 
Melihat dari keadaan diri melalu Facebook yg dishare oleh org ramai.Nampak macam tak dilihat seperti kesempitan hidup pun.Jika kesempitan hidup tak mampu nak beronline,bertudung batu bagai,make up dan handphone pun pasti yang touch screen,bukan cokia2 lah.Kau boleh bersuka ria diluar tapi abaikan anak dalam keadaan yg mengaibkan.Update status terbaru pun dalam bulan Jun 2014.Dan link2 yang dishare terbaru pun tentang kanak2.Lakonan yang mantap.Pelik sungguh!!
Dan juga dari statement bekas pengasuhnya pun,aku dapat rasakan kau tak pernah jaga anak istimewa ini,bekas pengasuh yg menjaga sepenuhnya sehingga lah dia menyerahkan kembali pada tahun 2012 begitulah kau tinggal dia dalam bilik kosong itu sehingga pihak berkuasa menjumpainya.
Sungguh aku rasa sedih tgk keadaan Firdaus dengan badan yang menampakkan tulang,kaki tangan kurus kering.Bagaimana dia hidup dalam billik kosong itu?Lama mana dia berada di sana?Jika diberi makan kenapa jadi sampai sebegitu?Kata meninggalkan makanan dalam polisterin?Kau buka pintu,letak makanan kau blah mcm tu!!Mcm tu kau kata SAYANG?? BuLL**IT...
Dan saat mereka menjumpai mereka,wajahnya kelihatan bersih dan tidak menangis dan mampu mengesot keluar. Ya ALLAH...Hanya dalam hatinya dan ALLAH yg tahu bagaimana azabnya disitu.Sesungguhnya malaikat berada bersama2 dia.Amin...

Cerebral Palsy
*Satu keadaan yang berlaku akibat kerosakan otak terjadi semasa dalam kandungan,semasa lahir atau selepas kelahiran.
*Kebolehan mengawal pergerakan otot yang terjejas menyebabkan kesukaran mengawal postur,pergerakan dan mengimbangkan diri.
*Kanak-kanak cerebral palsy mempunyai peluang terhad untuk bermain,meneroka persekitaran dan berfungsi akibat masalah berkenaan.
*Kanak-kanak cerebral palsy sukar melakukan pergerakan otot dikehendaki untuk memposisikan dan mengekalkan postur badan pada kedudukan berkekalan.Keadaan ini semakin sukar sekiranya masih terdapat refleks primitif yang sepatutnya tiada pada usia tertentu - SUMBER:myhealth.gov.my -

Firman Allah swt :
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ

Artinya : "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, Maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (QS. Ar ro'du : 11)



Thursday 19 June 2014

Seminggu Lagi Nak Masuk Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

Hari ini dah 23 Sya’aban.Dalam seminggu lagi kita nak sambut 1 Ramadhan.Ampa dah ganti puasa?Hehehe…Alhamdulillah...



Dengar ja nak puasa mesti pikiaq nak rayakan,kan,kan...Masa dulu kecik2 syok la,bulan puasa boleh p shopping baju,kasut.Brapa pasang??Dah duk kira siap ni.Baju ni nak pakai padan dengan kasut mana.Kaler apa.Aiseehhh mmg best la masa tu.Sbb masa tu semua di tanggung bereh!!!Hahaha… Dah tu bila lagi 2,3 hari nak raya ni uisshhh pikiaq dah nak dapat duit raya dari mak,abang,makcik tu,makcik ni,pakcik tu,pakcik ni,jiran2,adik beradik jauh2 nu… Hurrmmm ada sling beg siap dah…Tu ka??Tapi lani bila dengar nk puasa jer,duk pikiaq buka puasa nk p pasar Ramadhan mana,mcm2 makanan sampai tk tau nk pilih.Tapi cek selalu beli ala kadar ja la,bkn pa takut nnti tak habis.Tak elok mmbazir tau!! Pikiaq baju raya tak tempah lagi.Duit raya nak bagi dekat anak2 buah lagi.Kuih raya nk beli brapa jenis.(Kalau nk buat mmg tak la sbb keja)Alahai…Tapi mmg seronok bila satu family dapat kumpul semua skali.Time raya la pun dpt jumpa yg mai dari key ell semuanya…Kalau raya dkt kampong slalu ada ketupat,pulut,rendang.Tapi belah cek ni org bandaq jarang la skit nk makan ketupat tapi pulut ada ler+serunding…makcik2 nanti masak nasi tomato,nasi sunquick,daging rendang ler…(dan2 la rasa lapaq aih!!)



HHmmmm puasa belum lagi duk crita pasai raya,makan bagai ni…Apa pun kena puasa cukup sebulan dulu na…(perempuan cukup ka sebulan nk puasa ni??) :P


Sembahyang terawih jangan lupa tau!!Apa pun cek nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan tak lama lagi…

**Sayu bila dengar takbir & lagu-lagu raya yg syahdu2…