Sunday 26 October 2014

Mr Luqman de Duta Power Root Ali Cafe 2014

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  

Aduhaiii,memang tak expect langsung kata nak jumpa dia hari ni.Kalau org lain mesti excited bagai histeria agaknya kalau jumpa jejaka dari Johor yg macho ni.Sebab skang ni tengah hot plak drama dia "Maaf Jika Aku Tak Sempurna'' tu.Lagi la naik saham.Ada la yg nak pengsan,nak cair bila tgk dia.Jangan jeles na sbb i dapat berdiri realiti sebelah dia hari ni.Nasib baik pakai cun.Hahaha...!!!

Patut la 3,4 hari sebelum hari ni ada orang duk call2 tapi saya tak jawab,sampai dia send sms 'Saya dari Power Root,tolong call balik'. Owh rupanya nak suruh p collect voucher dekat Pacific Megamall. Awat la buat di oversea tu?? Segannya nak p ingat dia pos mai kat umah ka. Nasib baik lah xtvt hari tu dibatalkan sepatutnya ada show menari di Ipoh tapi dipostponekan.Alhamdulillah...

Sampai sana jumpa orang tu then ingat boleh balik dah lah,rupanya dia suruh tunggu plak. Fahrin Ahmad nak serahkan voucher ni nanti. Haaaaa whatttt??!! Seronoknya.... Sebab 1st time dapat tak tau la kan,ingatkan org2 yg terpilih ja yang akan naik pentas tu,rupanya saya ni the LUCKY person jgk lah.Tak ramai pun yang terima hadiah hari ni,ada dalam 5,6 orang ja.
Ni namanya pakej dua dalam satu.Tambah2 bestnya bila dua kali dpt naik pentas bergambar dgn dia sebab satu kameraman depa amik guna kamera polaroid,then dapat dapat la gambar instant tu,tapi kualiti gelap. Tapi kameraman saya dah hilang sat,sampai Fahrin plak tanya 'Ada kamera sendiri tak kat bawah ni?' Huhuhu... P mana lah En Kameraman ni?? Saya di interview sat oleh Fahrin Ahmad. Mmg nampak friendly,sporting,ceria yang tak dibuat2.Pelakon mcm ni lah orang suka dan cek suka. Lepas En Kameraman saya dijumpai,dia tolong bagitau sekali lagi dkt MC nk amik gambaq,so untuk kali keduanya saya naik atas pentas tu,haaaa barulah terang dan cantik,bkn senang nk jumpa lagi dah ni. Terima kasih En Kameraman.Nanti saya belanja Ali Cafe Power Root satu yer!!! Hehehe...
Alhamdulillah rezeki tahun baru 1 Muharram 1436.

Masa ni tak tau lagi...

Minta sign dulu & tunggu dekat2 sini yer... ???

Pose kali ke dua oleh En Kameraman...

Sapa yg nak pengsan & nak cayaq skang ni cepat... Haha!!!

Polaroid photo yg dpa bagi... Terima kasih Power Root!!!








Tuesday 21 October 2014

Macam dah tk dak benda lain nk kempen - IWTTAD

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  

Nampaknya dah lama saya tak memblogkan diri kat sini.Rasa ada isu yang saya nk luahkan tentang negara kita minggu ni.Macam2 sangat duk jadi.Maaf lah kalau terkeluar bahasa2 kasaq di sini.Yang mana yg terasa minta maaf lah na dan fikir2kan lah. Saya bukan sekadar bercakap saja,saya banyak review tentang topik panas ni.

Perlukah kempen ''I Want To Touch a Dog''??? Kempen tu boleh kalau nak diadakan untuk org yang bukan beragama Islam sahaja. Kita ni p tgk dgar saja sudah lah.Saya sedih bila tengok gambaq2 yang diupload semua yang majoriti melayu bertudung.Dengan wajah yang ceria,gembira,sentuh,dukung,usap2 dan ajar anak2 pula pegang sama.Rasanya disini habis sudah iman di dada.Gambar bangsa lain yang sentuh adalah nampak sekeping dua saja. Lepas pegang tu semua confirm ka basuh,samak balik,tau ka cara2 samak?? betul ka?? - - tak pun jalan2 cari makan - - pegang makanan.... eerrmmm sedapnya...


Saya pernah tengok skali satu rancangan tv luar negara My Extreme Animal Phobia bagi sesiapa yg takut dan fobia dgn binatang sampai pengacara akan motivate sampai dia boleh sentuh binatang tu.Rasanya si ahli farmasi ni dapat idea dari rancangan tu la kot.Kalau dia nak buat kempen pegang kucing ka, ular ka,burung kakak tua,kambing ka,lembu ka,kuda ka tak pa jugak.Sbb kebanyakan dari kalangan manusia skang ni pun takut nak sentuh binatang2 tu semua. Kenapa memilih anjing sedangkan dah tahu hukumnya haram.Saya ni bukan kelulusan universiti tapi saya banyak baca,belajar dan tahu mana yg boleh mana yg tidak.Saya amat sedih bila lihat agama Islam diperbodohkan begitu saja.

Banyak lagi jenis kempen yg boleh dianjurkan. Kenapa la begitu cetek akal fikiran manusia bernama SSA ni.Binatang tu pun bukan untuk dipegang sesuka hati,bukan mcm tu cara nak menunjukkan sifat kasih sayang kepada anjing. Cukuplah sekadar tidak mendera,membaling objek selagi dia tidak membahayakan kita,bangsa lain dah bela dan cukuplah mereka saja yg tunjuk kasih sayang tu dgn cara mereka. Lain lah kalau dgn tidak sengaja kita terkena,anjing tu lalu tanpa kita sedari tu memang tak dapat dielakkan yg tu mmg wajib kita samak. Polis guna anjing untuk jalankan tugas untuk mengesan bahan bukti,dibolehkan untuk jaga rumah dan menjaga tanaman bukan untuk diusap2 bagai.Sila lah baca di bawah bagi mana yang tk pernah baca ni semua: 


SSA ni duk buat mcm2 projek yang mcm nk tunjuk dia ni cuba buat pelik dari orang. Nama projek pun mcm nak tunjuk riak "Tamak Pahala''... Motif?? Tak tau nk ckap apa lah. Satu lagi projek dia beli nasi lemak 10 bungkus dan dgn nota "Sesiapa yang tiada duit dan lapar boleh mengambil nasi satu peket''... Apakah niat hang tu??  Kalau hang tu ikhlas nak bagi tulis saja "Nasi Lemak untuk disedekahkan'' Bolehkan??!! 

Bila bercakap bab tak pakai tudung semua yg tk bertudung dipandang serong,berckp yg bertudung plak buat yg bukan2 ada yg sensitif plak.Tapi bab ni depa tak rasa sensitif pun? Tudung tu sekadar fesyen eh atau konon nk tunjuk alim ja. Nah terjelas sudah awak tu cukup ilmu agama di dada atau tak!! Agaknya dah kena pukau semuanya. Nanti bila tersiar gambar di blog atau paper nak kata apa ye?? Alahhh pegang kejap sja pun!! Lepas tu kami samak la... Eh mana ada pegang,kami tk sedar pun,maybe sbb excited sangat terlupa yg tu anjing. Nanti kata pulak ustaz tu ckp tak salah pun... Sayang semua tu mesti yg berpelajaran tapi tak guna belajar tinggi2 kalau ini jadinya. 

Pagi ni di metro trbaca pulak UMIP cakap dia tidak tahu akan ada seisi untuk menyentuh anjing. Takkan sebelum si SSA ni jemput awak nk bagi perkongsian ilmu tu tk tanya dia habis2 dan dari tajuk kempen pun awak boleh tanya lebih lanjut. Dah kena pukau jugak!! Kira si SSA ni pandai memukau org la agaknya. Huuurrrrmmm.... Skang ni org duk nampak yg awak telah menggalakkan benda ini terjadi. Kasihan UMIP...

Lepas ni kempen apa plak yang nk dianjurkan?? Semoga semua yg terlibat akan sedar atas perbuatan masing2.

Kata Ustaz Mohd Kazim Elias:
"Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti....

"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, mai anjing pula, lepas ni apa pula?

"Jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dah diternak dalam aircond, yang mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," tegasnya.

Allahu Akbar!!!