Sunday 26 October 2014

Mr Luqman de Duta Power Root Ali Cafe 2014

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  

Aduhaiii,memang tak expect langsung kata nak jumpa dia hari ni.Kalau org lain mesti excited bagai histeria agaknya kalau jumpa jejaka dari Johor yg macho ni.Sebab skang ni tengah hot plak drama dia "Maaf Jika Aku Tak Sempurna'' tu.Lagi la naik saham.Ada la yg nak pengsan,nak cair bila tgk dia.Jangan jeles na sbb i dapat berdiri realiti sebelah dia hari ni.Nasib baik pakai cun.Hahaha...!!!

Patut la 3,4 hari sebelum hari ni ada orang duk call2 tapi saya tak jawab,sampai dia send sms 'Saya dari Power Root,tolong call balik'. Owh rupanya nak suruh p collect voucher dekat Pacific Megamall. Awat la buat di oversea tu?? Segannya nak p ingat dia pos mai kat umah ka. Nasib baik lah xtvt hari tu dibatalkan sepatutnya ada show menari di Ipoh tapi dipostponekan.Alhamdulillah...

Sampai sana jumpa orang tu then ingat boleh balik dah lah,rupanya dia suruh tunggu plak. Fahrin Ahmad nak serahkan voucher ni nanti. Haaaaa whatttt??!! Seronoknya.... Sebab 1st time dapat tak tau la kan,ingatkan org2 yg terpilih ja yang akan naik pentas tu,rupanya saya ni the LUCKY person jgk lah.Tak ramai pun yang terima hadiah hari ni,ada dalam 5,6 orang ja.
Ni namanya pakej dua dalam satu.Tambah2 bestnya bila dua kali dpt naik pentas bergambar dgn dia sebab satu kameraman depa amik guna kamera polaroid,then dapat dapat la gambar instant tu,tapi kualiti gelap. Tapi kameraman saya dah hilang sat,sampai Fahrin plak tanya 'Ada kamera sendiri tak kat bawah ni?' Huhuhu... P mana lah En Kameraman ni?? Saya di interview sat oleh Fahrin Ahmad. Mmg nampak friendly,sporting,ceria yang tak dibuat2.Pelakon mcm ni lah orang suka dan cek suka. Lepas En Kameraman saya dijumpai,dia tolong bagitau sekali lagi dkt MC nk amik gambaq,so untuk kali keduanya saya naik atas pentas tu,haaaa barulah terang dan cantik,bkn senang nk jumpa lagi dah ni. Terima kasih En Kameraman.Nanti saya belanja Ali Cafe Power Root satu yer!!! Hehehe...
Alhamdulillah rezeki tahun baru 1 Muharram 1436.

Masa ni tak tau lagi...

Minta sign dulu & tunggu dekat2 sini yer... ???

Pose kali ke dua oleh En Kameraman...

Sapa yg nak pengsan & nak cayaq skang ni cepat... Haha!!!

Polaroid photo yg dpa bagi... Terima kasih Power Root!!!








No comments:

Post a Comment