Thursday 24 July 2014

Ucapan Hari Raya 2014


Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  


* Dulu hantaq pakai kad raya,
   Lepas tu sms pula,
   Lani semakin canggih macam2 ada,
   Kad raya dah dilupa,
   Tua muda,budak kecik remaja celik IT belaka.

Airmata Syawal
Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Dalam kita bergembira jangan lupa pada yang telah pergi meninggalkan kita. Berdoa agar mereka semua tenang dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.AL-Fatihah.

#Pakcik#Makcik#Tok#Nenek#Ayah
#Kenalan#Anakseni#ygtelahpergi
#MH370#MH17#Pejuang2LahadDatu#Gaza

* SMS/FB/Tweet/Wassap/WeChat/IG/BeeTalk segala,
   Dah ganti kad raya jadi ucapan pengganti diri kita,
   Hari isnin dah hari raya,
   Mohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah buat semua,
   Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin,
   Ingatan Tulus Ikhlas,
   - JULIA JOHARI -

http://www.youtube.com/watch?v=MmTL3rsq-68&list=UU-eW2E2Q69U3jWZl1DmAqZQ








Wednesday 23 July 2014

Tragedi 2014 - MH370 dan MH17

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  



Lagi seminggu kita dah masuk 1 Syawal,dan sekejap saja dah setengah tahun 2014.Cepatkan masa berlalu & usia pun semakin meningkat...dan macam2 perkara berlaku mahupun yang baik atau pun yang buruk. Bagi aku tahun ni meraikan hari raya yang cukup sederhana, dan banyak aku lihat perubahan dunia, ujian dan dugaan yang melanda bumi kita. Perubahan artis-artis yang telah berhijrah seperti Felixia Yeap,Fara Fauzana,Neelofa,Ziana Zain dan lain2,Alhamdulillah.
Bila aku lihat perubahan,aku juga ingin berubah dan perubahan ini akan kekal selamanya. Insya'allah akan tiba masanya nanti.

Dalam bulan Ramadhan ni kita dikejutkan dunia dengan nahas pesawat MAS MH17 pada 17/07/2014. Belum selesai MH370 pada 08/03/2014 lalu satu lagi tragedi yang amat menyayat hati berlaku sekali lagi. Walaupun aku bukan saudara mereka,tapi aku dapat rasakan perasaan mereka yang kehilangan orang2 yg tersayang,tambah2 nak masuk 1 Syawal tak lama lagi. Ya ALLAH hebat sungguh dugaan yang kau berikan.

Aku lihat dan baca artikel setiap hari,wajah2 mangsa2 nahas,keluarga mangsa tak kira lah bangsa,agama apa sekali pun dan paling amat sedih dan pilu bila aku lihat video yang mereka tunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di merata tempat sehinggakan jatuh sampai ke ladang,rumah penduduk di situ. Ada satu laman web yang tidak 'blur'kan wajah2 mereka dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Cukup dgn hanya aku ceritakan saja,tak sanggup aku tengok dan tak mungkin aku share sbb bukan untuk tontonan umum. Tak dapat aku bayangkan keadaan mereka sewaktu terjadinya peristiwa tragis itu,menjerit,menangis,meraung,kemana mereka hendak lari?Bagaimana nak selamatkan diri?Tiada tanda amaran?Tiada payung terjun? Ya ALLAH... Adakah terjadi ini ada kaitan dgn MH370? Mana mungkin hilang begitu saja? Aku juga pernah dengar dan baca org kata yg MH370 ada kaitan dgn Russia dan Ukraine juga, MH370 berada di pengkalan tentera AS Diego Garcia,mangsa2 dikurung,diberi ubat pelali agar mereka hilang ingatan atau pun dibiarkan mati begitu saja,pesawat di tukarkan warna menjadi kelabu. Kerana mereka inginkan barang berharga yg tk mahu masuk ke negara China? Tak dpt aku bayangkan semua ini.Allahualam,hanya DIA saja yg MAHA MENGETAHUI. 

MH370
*Dari Kuala Lumpur - Beijing,China
*Hilang di Lautan Hindi


*238 penumpang (14 buah negara)
*Rakyat Malaysia Krew 12+Penumpang 26 = 38
*Barangan berharga
*20 Pekerja Freescale Semiconductor

MH17
*Dari Amsertdam - Kuala Lumpur
*Terhempas/ditembak di sempadan Ukraine+Russia
*298 penumpang (12 buah negara)
*Rakyat Malaysia Krew 15+Penumpang 35 = 45
*Ramai penyelidik AIDS

Tahun lepas kita dengar tentang Pencerobohan di Lahad Datu, tahun ni masih lagi ada pencerobohan dari pengganas Sulu sehingga Sabah diistiharkan perintah berkurung di 6 daerah.Tambahan konflik antara Israel dan Palestin turut terjadi sehingga ramai nyawa kanak-kanak yg tidak tahu apa2 terkorban.Di facebook,tv aku tak sanggup nk tengok keadaan sebegitu.

Kepada yang mampu hulurkan lah bantuan kepada yg memerlukan. Kita hanya mampu berdoa agar semua yang terlibat dalam nahas,tragedi,perang akan di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman.Kepad seluruh keluarga mangsa harap tabah dan sabar mengharungi dugaan ini.Salam takziah dan AL-Fatihah... Amin.

Tahniah dan berterima kasih lah kepada PM kita yang bersusah-payah dan bertungkus lumus permudahkan segala urusan bersama negara luar.















Mari kita renung seketika artikel di bawah:
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/karim-raslan/nahas-mh17-hikmah-dalam-musibah-1.301881
http://www.ohdunia.my/2014/03/fakta-fakta-yang-kita-ketahui-dan-tidak.html















Monday 21 July 2014

Minuman: Juicy-Juice



Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  

Bulan2 puasa ni bila tgk ayaq berais aduh dugaan sungguh.Time rajin di rumah saja la nak buat ayaq ni,asyik beli di pasar ramadhan ja yang sama jenis. Boring jugak. Terangkat jugak la rasanya.Dua sekali buat dalam masa satu hari.Boleh jgk nak di buat untuk minuman diet.

Jus Kiwi Pudina

3 biji kiwi
5 sudu gula
12 helai daun pudina (suka hati)
Air masak
Ais kiub

Potong kecil buah kiwi
Masukkan kiwi,gula,daun pudina,air masak dan blend
Masukkan ais kiub
Wallah!!! Siap sudah, harumnya sesegar nafas perisa pudina.






Buah kiwi
Membantu mengatasi masalah insomnia (tidak boleh tidur malam); bertindak sebagai ejen pencair darah semula jadi untuk pesakit jantung (sekali gus merendahkan paras kolesterol dan trigliserida); membantu melancarkan pernafasan untuk kanak-kanak dan baik untuk kesihatan mata, usus serta prostat. - Sumber MyMetro


Jus Manggo Yogurt + Nata De Coco

1 biji mangga
5 sudu gula
1 yogurt Nestle perisa mangga
1 tin Nata De Coco
Air masak
Ais kiub

Potong dadu buah mangga
Masukkan mangga,gula,yogurt,air masak dan blend
Masukkan ais kiub dan Nata De Coco
Bila sedut sekali rasa mcm tak mau lepas.Nikmatnya rasa!!

Mangga
Kaya dengan vitamin A, C dan E; yang bertindak sebagai anti kanser, meningkatkan kesihatan mata; membantu pencernaan; membuatkan kulit lebih berdaya tahan terhadap haba daripada sinaran matahari; mencegah masalah pertambahan berat badan dan merangsang ingatan.- Sumber MyMetro


Selamat Mencuba!!!

Wednesday 16 July 2014

Lock Stering - Wanita mengamuk kerana kereta baru dilanggar seorang warga emas

KUANTAN : Gara-gara keretanya dilanggar dari belakang, seorang wanita mengamuk, hilang pertimbangan dan aksi amukannya itu sempat dirakamkan pengguna jalan raya lain yang berada di tempat kejadian.
Video berdurasi lebih dua minit itu menunjukkan seorang wanita berbaju hitam dan bertudung memukul kereta pemandu yang melanggarnya berulang kali dengan pengunci stereng dan meminta bayaran ganti rugi.
"Bayar saya sekarang. Saya ambil kunci kereta kamu. Ini kereta baru, bodoh! Apa yang awak dah buat kepada kereta saya? Tengok!" katanya dan kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk pada waktu itu.
Bagaimanapun, lelaki yang agak berusia yang melanggar keretanya itu tenang menghadapi  wanita itu.
"Saya bukan sengaja. Jangan buat macam tu kepada saya," katanya yang dipercayai seorang lelaki Cina.
Walaupun kemalangan itu hanya pelanggaran kecil, wanita itu meminta bayaran ganti rugi yang tidak masuk akal kepada lelaki itu.
"Bayar saya sekarang RM2,000. Tengok plat kereta saya. Kereta baru lagi!" kata wanita yang memandu kereta Peugeot berwarna putih.
Bagaimanapun, lelaki itu enggan membayar dan terpinga-pinga setelah kunci keretanya diambil.
"Saya akan bayar awak," katanya yang memandu Proton Wira model lama.
Antara komen pengguna YouTube menyelar wanita itu adalah Muhd Zakwan: "Perempuan ni period ke sampai macam tak ada otak langsung."
Ken Lawliet pula berkata:"Hei makcik. Awak tu Muslim. Tak patut bertindak macam tu. Guna pengunci kereta? Memalukan dan bodoh."
Haaziq Khalid berkata:"Satu Malaysia benci kau. Kau patut hibernate dalam gua!"– 16 Julai, 2014.



Bismillahirrahmanirrahim

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

Tak sampai 24 jam video ni dimuat turun, kes ni popular,hangat,gambar2 menjadi bahan lawak dan juga turut menjadi kemarahan bagi kebanyakan yang menontonnya. Ada plak yg duk pi sangkut dgn unsur politik.Alahai,tolong la pikiaq dari segi lain sama aih!!

Ganaih dan berani sungguh perempuan ni!!! Kerana sebijik kereta baru dengan kerosakan yang kecil sanggup memaki hamun seorang warga emas.Nak kata ada setan,ni kan bulan Ramadhan hantu semua kena ikat.Ni sheikh dia sendiri duk dlm kereta Peugeot 208 CDM25 dia tu,sbb dia tak p bagi mandi bunga lagi kereta tu.Hehehe!!!

Status FB 16/07/2014 12.55am
LaNi FeSyEn OrG DuK AmiK ViDeO MaSUk YoUTuBe Or FB TrUS... HaTi2...
TeRBaRu WaNiTA MeNgAMuK OrG LaNggAR KeReTa BaRu DiA...
FuYYoooo.... McM GeNgStEr Woooo....
NaK HaBaq Mai Nak MaRaH BoLeH TaPi JgN LA Duk TuNjUk Wa PaiLAnG SiAp AmiK KuNci & KeTuK KeReTa UnCLe Tu... DaH UnCLe Tu NaK SeTTLe,InSUrAns ADa Apa Nak KeCoH TnJuk DaSyAt D JaLAn,KeNa SkiT Ja PuN,P LA SeTTLe ELoK2....,KaLau KaTa Lu SeNDiRi LanGGar TheN PUtUS Dua,NaK Salah SiApa??? Nk JeRiT KAT SapA???
Ada KeRETa HeBat PuN Tk BoLe BaWa MASuk KuBuR Der ...Da La PaKai TuDuNg,MeMaLUKan La...
Yg DuK ADa KaT SiTu SeMua Tk MeLeRaiKan Atau KoL PoLiS Ka...TaPi DuK TgK Ja... ALaHai OrG KiTa!!!
MooD: TiDoQ DuLu La,StG NaK SaHur... SaLAm RaMADhan HaRi Ke-18...

Banyak benda yang nk diperkatakan tentang video ini:-

1-Pompuan ni serbu kira nak tunjuk dasyat sbb yg langgar tu orang tua.Kalau org muda,kalau yg melawan balik tak tau la apa akan jadi.

2-Dia tak sedar yang dia bertudung dan hilang sudah ciri2 kewanitaan muslimah disitu.Kat sini pun org dah mengata.

3-Kerana kereta baru dan kerosakan yg kecil sanggup naik hantu dgn merosakkan kereta uncle tu dgn menggunakan stering lock.Lani rasa kereta uncle tu rosak lagi teruk dari kereta dia.Kerana seronok dpt kereta baru sampai nk jaga tkmau bagi kena apa2,simpan ja dkt rumah masuk garaj,tkpayah bawa keluaq.Sampai kena mcm tu pun dah jadi gila.Kalau eksiden teruk2 atau sendiri yg menyebabkan kemalangan tu mcm mana??Nak jerit dkt siapa??Nak salahkan siapa??

4-Lepas dpt tahu dia seorang pengusaha atau pekerja butik pengantin,rasa2nya sale akan drop dan org akan pandang serong buat satu ketika sampai lah semua org dpt terima dia kembali.Bukan senang nk buat bisnes dan nak menaikkan kembali dan nak dptkan kereta baru tu kan!! Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Disini nampak Allah uji mcm mana dia bagi kita seronok dan mewah seketika dan bagaimana adab dan perangainya dah pun ditunjukkan disini.Allahualam.Semoga dia insaf dan sedar atas perbuatannya.Mesti akan ingat sampai bila2 punya lah!

5-So tak perlu nak berlagak atau riak sbb kerana kau naik kereta mewah kau boleh buat sesuka hati.Bukan uncle tu langgar lari,boleh settle cara elok dan insurans kan ada.Serah saja pada undang2.

6-Kita paham,bulan puasa dalam keadaan panas waktu tu plak nak jadi eksiden.Kita pun tak tahu apa yg dia fikir,emosi apa yg mengganggu dia sampai dia bertindak sebegitu.Mmg la kita marah dgn perbuatan dia.Inilah ujian hebat buat diri dia.

7-Respek dkt uncle tu,tabah dan cool walaupun kereta dia di 'Ketuk-ketuk Ramadhan' beberapa kali.Risau ja kalau dia hayun dkt uncle tu skali.Stering lock tu!!! Memang nahas.

8-Uncle siap boleh memaafkan dan tak mau buat laporan polis.Dan dah pun amik gambar skali dan wajah perempuan tertunduk tk pandang kamera.Mana nak cari mcm ni??Mmg susah la nak dpt 1 dalam 1000.Uncle ni akan femes dgn Uncle Sim The Kind Golden Citizen dan perempuan tu pun dah femes dgn gelaran Kiki The Road Bully.

Status FB 16/07/2014 11.30pm
The Kiki Steering Lock Song
FeMes La Ko KaK LoNg PaiLaNg Ni SiaP DPa ShaRe DeTaiLs GeRan ReTa CDM DiA Tu...Ada ViDeo KLip LaGu LaGi...GeLaRaN RoAd BuLLY...
SeMoGa DiA SeDaR & INsAF AtAs PeRBuaTan DiA...

9-Di facebook saja semalam penuh dgn video,status,gambar2 editing tentang kes ni.Dijadikan bahan lawak pun ada,cepat ja dpa buat.Hahaha!!!Kesian kan.Kalau la terjadi atas diri kita,mana nak letak muka ni??Satu Malaysia dah kenal dan gunakan gambar kita untuk dijadikan bahan.

10-Ini adalah satu pengajaran yang hebat untuk hambanya dan juga untuk kesedaran diri kita juga.Dan sekarang ni berhati-hati lah sbb apa kita buat semua akan di rakam,kita mungkin tidak sedar dan tidak tahu. Yang baik2 tak apa juga,kalau jadi kes mcm ni??

Semoga kita semua dpt selami dan ambil iktibar kisah ini dan pada yang rasa2 diri tu kaya jgn terlalu riak dan eksyen sangat.Memang la kdg2 terfikir dpa ada aku tk dak.Aku teringin, usaha kalau dpt alhamdulillah.Kalau tak dpt redha ja.Harta2 bkn boleh bawa masuk kubur pun.Kita semua sama saja,darah warna merah,kain putih sama ja akan dipakai nanti.Bersyukur dgn apa yg kita ada!


Bye!











Thursday 10 July 2014

Spa kaki sendiri di rumah


Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  

Disini saya ada terbaca artikel tips untuk menjaga kaki kita agar kelihatan bersih,cantik dan segar,so saya nk share untuk tatapan semua.


Kecantikan tidak terletak pada wajah dan gaya berpakaian saja. Penampilan akan sedikit terjejas jika tumit kaki nampak kasar, tebal atau ada garis yang bakal menjadi rekahan jika terus dibiarkan.
Sememangnya kaki antara anggota paling kurang diberikan perhatian meskipun ia menjalankan tanggungjawab penting dan berat setiap hari. Pernahkah anda terfikir tapak kaki kita bahagian paling banyak menerima tekanan (menanggung berat badan) dan geseran setiap kali kita berjalan? 
Oleh kerana kedudukannya paling jauh dan sering tersorok daripada pandangan, ia sering diabaikan. Kesan pengabaian inilah membuatkan tumit kaki khususnya menjadi tebal, keras, kering dan akhirnya akan muncul garis halus menandakan ia bakal merekah. 

Sebelum tumit merekah dan menyebabkan rasa sakit serta berpotensi mendapat jangkitan kuman, lebih baik anggota penting ini diberi perhatian. Bagi yang mempunyai masalah tumit keras dan tebal, anda boleh mendapatkan rawatan atau spa kaki. Pun begitu ada kaedah mudah boleh dilakukan sendiri di rumah.
• Sediakan air rendaman kaki iaitu air suam dicampur sedikit garam atau gula. Bagi yang sukakan haruman, boleh titiskan sedikit minyak lavender. Jika tiada, memadai memasukkan kulit oren untuk bau segar. Rendam kaki selama 10 hingga 15 minit sehingga kulit lembut.


• Jika rajin, anda boleh buat bahan sental kaki sendiri dengan mencampurkan empat sudu makan garam atau gula dengan setengah cawan minyak. Anda boleh gunakan minyak bayi, zaitun atau kelapa. Gosok bahan sental ini dengan pergerakan membulat pada kaki. 


• Kemudian gosokkan tumit dengan batu pumis sehingga anda berasa puas hati. Cuci dan bilas hingga bersih. Jika tumit sudah merekah, anda perlu berhati-hati terutama ketika menggosoknya dengan batu pumis. 

Anda boleh sapukan minyak kelapa untuk me­lembapkan tumit dan madu bagi menyembuhkan luka pada rekahan. Malah, anda boleh menampal pisang lecek pada rekahan selama 10 minit. Jika ia dilakukan beberapa kali sehari, rekahan ini akan cepat hilang. 

• Lap kaki anda hingga kering dan ketika kulit masih lembut, lumurkan losen pada kaki anda. Ketika ini losen boleh menyerap dengan baik dan cepat walaupun pada kulit yang keras dan tebal. Paling baik, pilih losen khas untuk melembutkan tumit. Untuk kesan lebih baik, pakai stokin sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam. 

Rawatan ini boleh ­diulang beberapa kali seminggu, bergantung kepada keadaan kaki anda. Selepas sekali rawatan, tumit akan terasa lebih lembut, lembap dan selesa. Sekarang apa yang perlu ­dilakukan ialah terus menyapukan losen setiap kali selepas mandi atau sekurang-kurangnya setiap malam sebelum ­tidur dan jangan lupa ­memakai stokin untuk mengekalkan kelembapannya!
Selamat Mencuba!!!
#sumber dari Kosmo

Friday 4 July 2014






Bertakhta Di Hati - Farahdiya

Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)

(Korus)
Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

(Ulang bridge)
Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu

Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang

Bertakhta Di Hati (2004) mendapat tempat di dalam carta di dalam radio Era dan Hot.FM serta mendapat pencalonan di dalam Anugerah AIM sebagai Artis Baru Terbaik ~ lagu ni masih hits sehingga ke hari ini sehingga ramai suka menyanyikannya untuk pertandingan atau show.


P/S: Pertandingan Karaoke di Dewan Serbaguna (Komuniti) Bukit Gedung 2014 - Alhamdulillah,dapat tempat pertama :)

Komen:Bintang Mencari Bintang 2... Persembahan Terbaik...


Saingan program realiti Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) berakhir malam kelmarin dengan menobatkan kumpulan Kepoh sebagai juara.


Kemenangan Kepoh yang mendapat bimbingan sifu pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramlie melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.
Berjaya meraih keseluruhan markah sebanyak 67 peratus, kumpulan Kepoh yang dianggotai Lizujuhan Hamzah atau Izu, 27, dan Suffian Shafri Ibrahim (Pian), 27, menampilkan persembahan mantap dan bertenaga. Sikap daya saing mereka juga tinggi dalam misi merangkul gelaran juara itu.

Mempersembahkan sketsa ‘Sumpah Semerah Ballet’ yang mengisahkan dua pemuda terbabit dalam satu persembahan teater muzikal cukup padat dengan elemen lucu dan mencuit hati. Malah, keserasian Izu dan Pian di pentas juga terserlah apabila penonton tak kering gusi ketawa menonton lakonan mereka.
Terus memastikan penonton terhibur dengan persembahan Kepoh, tugasan kedua membabitkan gandingan bersama sifu di pentas juga tidak menghampakan. Sketsa ‘pengawal keselamatan’ dipersembahkan padat dengan strategi memancing undian penonton. Dialog dan mimik muka bersahaja Kepoh menjadi.

Turut memberi saingan sengit, pastinya kumpulan Sumbu yang juga anak didik kepada pelawak terkenal, Ebby Yus. Dianggotai Mohd Kamal Shah Saharuddin (Kamal) , 25, dan Mohammad Ariff Fardillah Mohd Rosni (Ariff), 25, dua anak muda ini memilih tema gelandangan untuk dipentaskan dalam sketsa mereka.

Dianggap satu sketsa kemasyarakatan yang menarik, bagaimanapun ia tak mampu dipersembahkan dengan sempurna. Masih banyak ruang kosong dalam persembahan ditampilkan. Situasi sama turut berlaku pada persembahan kedua Sumbu bersama sifu. Jelas sekali, Ebby menjadi ‘penyelamat’ kepada anak didiknya.

Meraih markah 63.1 peratus, Sumbu yang pada awalnya disebut-sebut sebagai juara akhirnya terpaksa berpuas hati memperoleh tempat kedua. Meskipun hanya naib juara, Sumbu tidak pulang dengan tangan kosong dan mereka meraih RM100,000. 

Sementara itu, kumpulan MMMMM yang dianggotai Mohd Azwan Sabri (Wan), 28, dan Mohd Ilham Rusdy (Ilham), 24, terpaksa akur di tempat ketiga apabila gagal menyerlah dalam persembahan kedua bersama sifu mereka Afdlin Shauki. 

Sketsa ‘Lidah Biawak’ diketengahkan sangat mendatar hingga membuatkan suasana dalam Stadium Malawati Shah Alam ada kalanya sepi tanpa ketawa penonton.

Memperoleh tempat ketiga dengan markah 42.9 peratus, MMMMM membawa pulang RM50,000 dan Afdlin selaku sifu mereka memaklumkan dia bertanggungjawab pada kekalahan itu. 

Katanya, MMMMM sudah berusaha dengan baik, tetapi rezeki tidak berpihak kepada mereka.

Akur dengan persaingan diberikan anak didik Ebby dan Adlin, Afdlin berkata, kejayaan MMMMM berada di malam kemuncak BMB2 juga satu pencapaian hebat. 

Menurutnya, nasib yang menimba anak didiknya itu juga disebabkan dia yang mungkin penat kerana terlalu sibuk dengan kerja dan pelbagai urusan.

Bagi Adlin pula, memang sasarannya untuk menang apabila bersetuju menjadi salah seorang sifu dalam BMB2. 

Apatah lagi, satu cabaran besar dipikul apabila anak didik diperolehnya masih belum ada pengalaman. 

Katanya, dia gembira kerana Kepoh yang bermula dari kosong akhirnya dapat dilahirkan sebagai juara.

“Saya berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan Kepoh sepanjang mereka mendapatkan bimbingan saya. Ia ternyata bukan bimbingan yang mudah, tetapi dengan tekad hati mereka untuk cuba memenuhi apa saja kehendak saya, akhirnya kami berjaya. Ternyata, anak didik saya ini bersemangat waja.

“Menganggap diri kami sebagai pejuang, tugasan yang saya berikan kepada mereka pada setiap minggu bukan mudah. Apatah lagi, memang sudah menjadi sasaran saya untuk menang dalam program ini,” katanya memaklumkan tanpa semangat Kepoh untuk bertahan pasti impian mereka untuk muncul juara tidak kesampaian.

Menurut Adlin, apa yang pasti dugaan berat dihadapi mereka pada saat akhir.

Katanya, latihan untuk sketsa ‘Sumpah Semerah Ballet’ itu dibuat pada saat akhir. 

“Ikut perancangan, kami sudah ada idea persembahan lain, tetapi disebabkan masalah tidak diduga maka segala persediaan awal perlu diubah,” katanya.
Ebby Yus pula berkata, dia berpuas hati dengan persembahan anak didiknya, Sumbu. 

Katanya, mereka sudah berusaha melakukan persembahan sebaik mungkin, tetapi rezeki yang tidak berpihak, Pun begitu, kejayaan merangkul tempat kedua pun sudah memadai bagi Sumbu yang masih belum banyak pengalaman.

Dihoskan Adibah Noor dan juara BMB lalu Achey, format pemarkahan dalam BMB2 kali ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam.

Persembahan sketsa dan nyanyian peserta dinilai barisan juri profesional yang diterajui A R Badul, Ogy Ahmad Daud, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan juri jemputan pada malam kemuncak itu ialah penyanyi dangdut, Mas Idayu.

Pada peringkat akhir itu juga, kesemua peserta dikehendaki membuat tiga tugasan persembahan iaitu secara solo, bergandingan dengan sifu masing-masing dan sketsa spontan berdasarkan situasi diberikan oleh juri.

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH           

Dapatlah layan BMB2 Final walaupun jarang sekali layan mingguan diaorg sbb sibuk dgn kerja dan xtvt lain.Walaupun ada yg kritik,tk suka tgk dikatakan lawak ntah apa2 lah,lawak bodoh,hiburan yg menyesatkanlah itu terpulang atas diri masing2.Mereka pun ingin cuba nasib cari rezeki dgn cara mereka.Dan cuma pesanan sya kita tak suka,kita tak tahu esok anak2,cucu2 kita suka minat ke arah itu.Silap2 bila dpa dpt masuk final,tgk tuuuu diaaaa ada dkt depan siap bawa banner bagai yg dulu duk kutuk sangat.Jika di halang benda yang elok,kita tak tahu dia akan buat benda yang lebih teruk lagi. Allahualam.Jadi tk payah la nk kutuk2 sngat na.Tak suka senang ja... TUTUP TV!!!

Apa pun tahniah untuk ketiga-tiga kumpulan yg sampai ke peringkat akhir.Pada permulaan tu rasa mcm persembahan SUMBU yg terbaik.Tapi bila tgk final dpt dpat agak siapa akan jadi juara.

Persembahan spontan yang diberi oleh akak Ogy pada akhir persembahan boleh melihat sejauh mana keserasian,bagaimana mereka membuat sketsa tersebut dalam masa 1 minit 30 saat saja tanpa berbincang.KEPOH yang paling terserlah walaupun salah watak yg dilakukan tapi memang pecah perut,dua pelancong Korea dan Amerika yang 'perak' datang ke Key Ell untuk menanyakan arah jalan satu sama lain.Bahasa mana dpa dapat pun tktau la.HaHaHa!!!

SUMBU nampak seperti tk dak idea nak lakukan watak spontan tersebut.Lawak pembaca berita dan seorang lagi kena melakukan aksi apa yg dickpkan oleh pembaca berita tersebut yang biasa yang pernah dibuat oleh bekas2 realiti tv yang dahulu.

MMMMM terbaik jgk,dua peminat bola sepak menonton live di stadium Brazil.Sepatutnya dpa boleh ckp bahasa Brazil atau bahasa selain melayu baru nampak real.Ni kira warga Malaysia apek dan org sabah yg p sana.Walaupun 1 minit 30 saat ada isi lawak mereka.Hahahaha!!!

Apapun Adlin Aman Ramli memang seorang yg gila dan tak kisah walaupun akan dikritik teruk dengan persembahan anak didik dia,memang berani and happening!!
Persembahan sketsa "Sumpah Semerah Ballet" mmg geli hati dan menggelikan.Mmg sketsa yang 'daring' sungguh berani.Mereka berjaya melakukan tambah2 aksi si kurus tu,mmg terbaik!! Sketsa ke-2 agak bijak memancing undi mereka menjadi security yang konon berada di stadium menjaga event tersebut.So smart!! 

SUMBU nampak dah down skit bila final ni.Ada skali sya tgk minggu yg sketsa PATI tu mmg best.Mereka nampak agak lawak 'kekampungan' skit.Rasa mcm berada di zaman2 kumpulan Senario dulu.Bila sketsa bersama Sifu nampak telah membelakangkan mereka walaupun mereka dua2 big size.Sampai juri2 pun nak berebut Eby Yus kerana mengenakan jubah putih,alim gitu.Walaupun dia kata baru 1st time dia menyanyi tk nmpak kecacatannya pun.Kira ok lah tu.

MMMMM mcm kena bidas teruk ja minggu final ni.Ntah la,kesian dkt Afdlin Shauki.Rasa mcm kak Ogy tu sengaja nak downkan anak didik dia disebabkan kontreversi yg dikeluarkan 2 atau 3 minggu sebelum final tu,sbb tegur anak didik dia mcm marah dan memalukan.Ok apa lawak mereka,tambah dgn suara yg lantang dan jelas bila bercakap,menyanyi pun ok.Bagi sya MMMMM nampak ok dari SUMBU di minggu final ni.

Tahniah sekali lagi kepada mereka semua!!! Jumpa tahun depan...
Kita yg duk mengutuk pun tak guna sbb dpa dah usaha sampai berjaya bawa balik wang tunai beribu-ribu lemon... Kalau ampa yg dpat nak amik dak??