Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH
Disini saya ada terbaca artikel tips untuk menjaga kaki kita agar kelihatan bersih,cantik dan segar,so saya nk share untuk tatapan semua.
Disini saya ada terbaca artikel tips untuk menjaga kaki kita agar kelihatan bersih,cantik dan segar,so saya nk share untuk tatapan semua.
Kecantikan tidak terletak pada wajah dan gaya berpakaian saja.
Penampilan akan sedikit terjejas jika tumit kaki nampak kasar, tebal atau ada
garis yang bakal menjadi rekahan jika terus dibiarkan.
Sememangnya kaki antara anggota paling kurang diberikan
perhatian meskipun ia menjalankan tanggungjawab penting dan berat setiap hari.
Pernahkah anda terfikir tapak kaki kita bahagian paling banyak menerima tekanan
(menanggung berat badan) dan geseran setiap kali kita berjalan?
Oleh kerana kedudukannya
paling jauh dan sering tersorok daripada pandangan, ia sering diabaikan. Kesan
pengabaian inilah membuatkan tumit kaki khususnya menjadi tebal, keras, kering
dan akhirnya akan muncul garis halus menandakan ia bakal merekah.
Sebelum tumit merekah dan menyebabkan rasa sakit serta berpotensi mendapat jangkitan kuman, lebih baik anggota penting ini diberi perhatian. Bagi yang mempunyai masalah tumit keras dan tebal, anda boleh mendapatkan rawatan atau spa kaki. Pun begitu ada kaedah mudah boleh dilakukan sendiri di rumah.
Sebelum tumit merekah dan menyebabkan rasa sakit serta berpotensi mendapat jangkitan kuman, lebih baik anggota penting ini diberi perhatian. Bagi yang mempunyai masalah tumit keras dan tebal, anda boleh mendapatkan rawatan atau spa kaki. Pun begitu ada kaedah mudah boleh dilakukan sendiri di rumah.
• Sediakan air rendaman kaki iaitu air suam dicampur sedikit
garam atau gula. Bagi yang sukakan haruman, boleh titiskan sedikit minyak
lavender. Jika tiada, memadai memasukkan kulit oren untuk bau segar. Rendam
kaki selama 10 hingga 15 minit sehingga kulit lembut.
• Jika rajin, anda boleh buat bahan sental kaki sendiri dengan mencampurkan empat sudu makan garam atau gula dengan setengah cawan minyak. Anda boleh gunakan minyak bayi, zaitun atau kelapa. Gosok bahan sental ini dengan pergerakan membulat pada kaki.
• Kemudian gosokkan tumit dengan batu pumis sehingga anda berasa puas hati. Cuci dan bilas hingga bersih. Jika tumit sudah merekah, anda perlu berhati-hati terutama ketika menggosoknya dengan batu pumis.
Anda boleh sapukan minyak kelapa untuk melembapkan tumit dan madu bagi menyembuhkan luka pada rekahan. Malah, anda boleh menampal pisang lecek pada rekahan selama 10 minit. Jika ia dilakukan beberapa kali sehari, rekahan ini akan cepat hilang.
• Lap kaki anda hingga kering dan ketika kulit masih lembut, lumurkan losen pada kaki anda. Ketika ini losen boleh menyerap dengan baik dan cepat walaupun pada kulit yang keras dan tebal. Paling baik, pilih losen khas untuk melembutkan tumit. Untuk kesan lebih baik, pakai stokin sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam.
Rawatan ini boleh diulang beberapa kali seminggu, bergantung kepada keadaan kaki anda. Selepas sekali rawatan, tumit akan terasa lebih lembut, lembap dan selesa. Sekarang apa yang perlu dilakukan ialah terus menyapukan losen setiap kali selepas mandi atau sekurang-kurangnya setiap malam sebelum tidur dan jangan lupa memakai stokin untuk mengekalkan kelembapannya!
Selamat Mencuba!!!
#sumber dari Kosmo
No comments:
Post a Comment