Showing posts with label Petua & Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Petua & Kecantikan. Show all posts

Sunday, 3 August 2014

Status Menarik FB 2014 - Januari

Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  
#SeKaDar KeNanGan#

01.01.2014 City Walk Penang ~ KaN!!! MaSuk PaPer KwoNg WaH LaGi... :D FeMes Aih HaHaHa!!!




08.01.2014 ~ BaNYak BeNDa Yg TgH DoK PiKiaQ SaMPai TaK Tau Nak PiKiaQ Yg MAna SaTu...AdUHai...
MooD: KaLau Aku KaYaAaaa... KaLaU Aku KaYaaaa WooOooo...

09.01.2014 ~ HaRi Ni HaRi JuMaaT Tk BaiK Nk MEnGaTa,TaPi SeKaDar MeLuaHKaN ApA Yg TeRJaDi...
LAin X KaLu Nk MENIPU p KhaTam baGi HaBis DuLu,HaRi2 SeMbaNg SeMua BenDa DiA Tau,DiA PeNah WaT LaH...Cth KeNai DaTo LaH,KeNai InsPekToR LaH,PeNah JaDi PeNyiASat DLm PenJaRa Lah...Yg LaWaK PeNah JaDi CiKgU MaTeMaTiK PLaK Tu!!!KiRa2 Yg SeNaNg PuN FaiL...APa Dia BeB??!!
PaStU PaNDai PLaK Duk PuTaq BeLiT CriTa SLePas Dh KanToi SaTu KeS...TeRaNg2 koT...KaLu Tk BoLe Ckp TaK BoLe,JgN WaT CriTa LaGi LeN PLaK!!!
MooD:Aku Pun Bkn PERFECT tPi aGk2 Ar Nk GeMpaQ OrG PuN...KaLu OrG LeN Tk TaU La Pa Nk JaDi DgN HanG MiNah Oooiii!!!SaBaQ Ja Lah...

10.01.2014 ~ MiMpi 2,3 BanGuNan RuNtUh DePaN MaTa... TaPi SeMua SeLamAT...
MooD: ReaLLLL...

12.01.2014 ~ Balistik (bahasa Yunani ba'llein, "baling") adalah bidang sains yang berkaitan dengan pergerakan, kelakuan, dan kesan projektile, terutamanya peluru, bom melalui udara, roket, atau seumpamanya; dari segi sains atau kepakaran dalam melancarkan projectiles agar mencapai prestasi yang diinginkan.
MooD:Nak TaU ApA MaKSud Tu!!? ThE MaKinG oF BaLiSTiK...

KiTa p TmPt OrG BaRu Nk KeNaL DgN OrG,TeBaLkn MuKa P SaLaM DgN SeMuA Yg ADa,TkMaU D'cHop' NaNti,eSok2 MnA TaU Nk JmPa LaGiKn...Ada LaGi MaNuSia JeLiNg Pn TaK MaU, SENYUM lgi TaK LaH...
MooD:HeBaT SngAt Ke DePa Tu??SaJa TgK GeLaGat MeReKa,Sbb OrG LaiN Pn PaSti TgK GeLaGaT KiTa JgK KaN!!!

13.01.2014 ~ NmPaKnYa StaTus 'KanGKuNg' LeBiH MeNyErLaH HaRi Ni... taPi StaTus MauLiDuR RaSuL JgN dLuPaKaN Ya... ;)

14.01.2014 ~ Selamat Menyambut Malidurasul , sentiasa ingat Nabi Muhammad dan ikut sunnahnya-- MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W'

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir....

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~
Jangan lupa tekan Share !!

20.01.2014'SeLuRuH KeBaHaGiaNKu AdaLah MiLikMu' (MoVie Aku PiLih KaMu)



24.01.2014 ~ ADa IRas2 RoOnEy jGk JuaN MaTa niH!!SKaLi PaNDaNg Mcm PaUL WaLKer PuN ADo...
MooD: WeLCoMe To MAn U & JGn MaRa aAaarrr PeNyOkOnG CheLSea... (*ADa JgK Yg KoMeN NnTi NiH*)


25.01.2014 ~ JANGAN BERHARAP SEDALAM mana kita SAYANGkan seseorang itu, kita tidak boleh berHARAP yang orang itu akan menjadi MILIK kita, biar kita sahaja yang tahu, KASIH SAYANG kita terhadap si dia, yang penting kita tahu bahawa kita SAYANGkan dia, satu hari nanti bila dia telah KEHILANGAN kita, dia akan ingati segala PENGORBANAN yang telah kita lakukan, saat itu barulah dia sedar akan KEHILANGAN kita, biarlah dia menolak KASIH & CINTA kita, kerana lebih PERIT jika di MILIKI tapi tidak di HARGAI...
‪#‎copypaste


26.01.2014 ~ (Anugerah Juara Lagu ke-28 )
'SaLaM MusiK' 'SaHaBat' SeMUa.HaRap TaK 'BoSaN' MaLam ni.'TaNda TaNYa' aDakaH 'BaHaGiaMu DeRiTaKu' @ 'TaKkaN TerPiSah' BeNar RAMaLaNKu.TuNggUuuu...
'KaU Yg TeRiNdah','I'm So iN LoVe WiTh You'.'KaLau Aku KaYa' 'HaNya AKu' MahU 'IkUt ReNtaKKu'!!!YeAaaa!!!
GaMe On#Aku 'PeNgLiPuR LaRa'#

29.01.2104 ~ RiNi KbAnyaKan DaH CuTi,TaPi Aku MaSih Di OpiS AduHai La...
MooD CuTi MeLanDa,KeJa PuN TakDe...HurMmm MaRi KiTa SuSun,KeMas,BuaNg Apa Yg PaTut DLm PC...HaHa...
MooD:WiSHinG GoNg Xi Fa CHai To ALL CHiNeSe FreNdss & HaPpY HoLiDaY!!!

30.01.2014 ~ ArTiS Yg LaHiR DaRi ReaLiti TV AF...
Yg PaLiNg MeNYeRLah Di PeNtas HaFiZ,StACy,HaZaMa & AiZat SeHInGGa KiNi...
MaNa PeRgi Yg Yg LaIn2 Ya??

BeSt DgR LaGU2 LaMa Ni... KaLaU KeLaS AeRoBiK AdA LaGu2 LAMA Mcm Ni BeSt Woooo!!! MooD Tu MaRiiiiii....


                                                                  Shy Guy - Diana King

Monday, 21 July 2014

Minuman: Juicy-Juice



Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  

Bulan2 puasa ni bila tgk ayaq berais aduh dugaan sungguh.Time rajin di rumah saja la nak buat ayaq ni,asyik beli di pasar ramadhan ja yang sama jenis. Boring jugak. Terangkat jugak la rasanya.Dua sekali buat dalam masa satu hari.Boleh jgk nak di buat untuk minuman diet.

Jus Kiwi Pudina

3 biji kiwi
5 sudu gula
12 helai daun pudina (suka hati)
Air masak
Ais kiub

Potong kecil buah kiwi
Masukkan kiwi,gula,daun pudina,air masak dan blend
Masukkan ais kiub
Wallah!!! Siap sudah, harumnya sesegar nafas perisa pudina.






Buah kiwi
Membantu mengatasi masalah insomnia (tidak boleh tidur malam); bertindak sebagai ejen pencair darah semula jadi untuk pesakit jantung (sekali gus merendahkan paras kolesterol dan trigliserida); membantu melancarkan pernafasan untuk kanak-kanak dan baik untuk kesihatan mata, usus serta prostat. - Sumber MyMetro


Jus Manggo Yogurt + Nata De Coco

1 biji mangga
5 sudu gula
1 yogurt Nestle perisa mangga
1 tin Nata De Coco
Air masak
Ais kiub

Potong dadu buah mangga
Masukkan mangga,gula,yogurt,air masak dan blend
Masukkan ais kiub dan Nata De Coco
Bila sedut sekali rasa mcm tak mau lepas.Nikmatnya rasa!!

Mangga
Kaya dengan vitamin A, C dan E; yang bertindak sebagai anti kanser, meningkatkan kesihatan mata; membantu pencernaan; membuatkan kulit lebih berdaya tahan terhadap haba daripada sinaran matahari; mencegah masalah pertambahan berat badan dan merangsang ingatan.- Sumber MyMetro


Selamat Mencuba!!!

Thursday, 10 July 2014

Spa kaki sendiri di rumah


Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH  

Disini saya ada terbaca artikel tips untuk menjaga kaki kita agar kelihatan bersih,cantik dan segar,so saya nk share untuk tatapan semua.


Kecantikan tidak terletak pada wajah dan gaya berpakaian saja. Penampilan akan sedikit terjejas jika tumit kaki nampak kasar, tebal atau ada garis yang bakal menjadi rekahan jika terus dibiarkan.
Sememangnya kaki antara anggota paling kurang diberikan perhatian meskipun ia menjalankan tanggungjawab penting dan berat setiap hari. Pernahkah anda terfikir tapak kaki kita bahagian paling banyak menerima tekanan (menanggung berat badan) dan geseran setiap kali kita berjalan? 
Oleh kerana kedudukannya paling jauh dan sering tersorok daripada pandangan, ia sering diabaikan. Kesan pengabaian inilah membuatkan tumit kaki khususnya menjadi tebal, keras, kering dan akhirnya akan muncul garis halus menandakan ia bakal merekah. 

Sebelum tumit merekah dan menyebabkan rasa sakit serta berpotensi mendapat jangkitan kuman, lebih baik anggota penting ini diberi perhatian. Bagi yang mempunyai masalah tumit keras dan tebal, anda boleh mendapatkan rawatan atau spa kaki. Pun begitu ada kaedah mudah boleh dilakukan sendiri di rumah.
• Sediakan air rendaman kaki iaitu air suam dicampur sedikit garam atau gula. Bagi yang sukakan haruman, boleh titiskan sedikit minyak lavender. Jika tiada, memadai memasukkan kulit oren untuk bau segar. Rendam kaki selama 10 hingga 15 minit sehingga kulit lembut.


• Jika rajin, anda boleh buat bahan sental kaki sendiri dengan mencampurkan empat sudu makan garam atau gula dengan setengah cawan minyak. Anda boleh gunakan minyak bayi, zaitun atau kelapa. Gosok bahan sental ini dengan pergerakan membulat pada kaki. 


• Kemudian gosokkan tumit dengan batu pumis sehingga anda berasa puas hati. Cuci dan bilas hingga bersih. Jika tumit sudah merekah, anda perlu berhati-hati terutama ketika menggosoknya dengan batu pumis. 

Anda boleh sapukan minyak kelapa untuk me­lembapkan tumit dan madu bagi menyembuhkan luka pada rekahan. Malah, anda boleh menampal pisang lecek pada rekahan selama 10 minit. Jika ia dilakukan beberapa kali sehari, rekahan ini akan cepat hilang. 

• Lap kaki anda hingga kering dan ketika kulit masih lembut, lumurkan losen pada kaki anda. Ketika ini losen boleh menyerap dengan baik dan cepat walaupun pada kulit yang keras dan tebal. Paling baik, pilih losen khas untuk melembutkan tumit. Untuk kesan lebih baik, pakai stokin sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam. 

Rawatan ini boleh ­diulang beberapa kali seminggu, bergantung kepada keadaan kaki anda. Selepas sekali rawatan, tumit akan terasa lebih lembut, lembap dan selesa. Sekarang apa yang perlu ­dilakukan ialah terus menyapukan losen setiap kali selepas mandi atau sekurang-kurangnya setiap malam sebelum ­tidur dan jangan lupa ­memakai stokin untuk mengekalkan kelembapannya!
Selamat Mencuba!!!
#sumber dari Kosmo